Pasti Cuba

Resepi-resepi yang harus dicuba

Sabtu, 21 Disember 2013

Resepi Lidah Kucing Pelangi

Resepi Lidah Kucing Pelangi

resepi lidah kucing pelangi

Bahan-bahan
Loyang lidah kucing
200g tepung gandum
50g tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
100ml putih telur
250g mentega
175g gula kastor
Pewarna ungu
Pewarna biru
Pewarna hijau
Pewarna kuning
Pewarna oren
Pewarna merah

Cara-cara
1. Gaulkan bersama tepung gandum, tepung jagung dan emplex kemudian diayak.
2. Di dalam bekas yang lain pukul gula dan butter hingga berkrim. Kemudian masukkan putih telur sedikit demi sedikit, putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga sebati.
4. Aduanan dibahagi 6 bahagian*-9, dan letakkan dengan pewarna yang berlainan.
5. Masukkan adunan ke dalam piping beg dengan nozel bulat. Picit piping beg  ke dalam loyang lidah kucing mengikut warna pelangi.
6. Bakar di dalam oven pada suhu 150 °C selama 15-20 minit minit.

Jumaat, 13 Disember 2013

RESEPI KERANG PEDAS



Bahan-bahan

  • 500g kerang
  • 3 biji jus limau kasturi
  • 1 babu bawang besar dipotong bulat
  • 10 biji cili api 
  • 2 biji cili merah 
  • 6 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih
  • minyak untuk menumis
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara
  • Kisar cili api, cili merah, bawang merah dan bawang putih hingga hancur.
  • Panaskan minyak kemudian tumis bahan yang telah dikisar tadi ningga wangi.
  • Masukka kerang dan kacau hingga sebati dalam 5 minit, kemudian masukkan bawang besar, garam dan gula secukup rasa.
  • Biarkan kerang mendidih dan masak baru masukkan jus limau kasturi.
  • Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.

Ahad, 8 Disember 2013

Resepi Kerabu Epal Hijau

Resepi Kerabu Epal Hijau

resepi kerabu epal hijau
Kerabu Epal Hijau


Bahan-bahan :

  • 2 biji epal hijau
  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji cili merah
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 labu bawang besar
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji lemon diambil jusnya


Cara-cara :

  1. Epal dan lobak merah disagat panjang.
  2. Kesemua bahan-bahan lain dihiris.
  3. Kesemua bahan-bahan tadi digaul sebati dan masukkan jus lemon.
  4. Gaul sebati dan rasakan masamnya.

Selasa, 3 Disember 2013

Resepi Pisang Bersalut Coklat

Resepi Pisang Bersalut Coklat

pisang bersalut coklat

Bahan-bahan :

500g Coklat gelap dicincang
6 biji pisang yang besar
100g badam dibakar dan dicincang

Cara-cara

  1. Alas dulang pembakar dengan kertas pembakar.
  2. Kupas pisang dan cucuk setiap satu dengan lidi buluh atau garfu.
  3. Cairkan coklat gelap .
  4. Celup setiap pisang ke dalam coklat yang dicairkan dan pastikan ia disalut dengan sempurna.
  5. Taburkan badam yang dicincang pada satu hujung pisang. Bubuh di atas dulang.
  6. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dihidang.

Sabtu, 30 November 2013

Resepi Kek Keju Meleleh



Bahan-bahan Kek
  • 6 keping slice cheese kraf
  • 250ml susu segar
  • 100g butter
  • 100g gula halus
  • 110g tepung superfine
  • 6 biji telur
  • 1 sk esen vanilla

Cara-cara Kek

  1. Siat-siatkan slice cheese dan masukkan ke dalam periuk, dan panaskan bersama  susu segar, biarkan sehingga slice cheese menjadi cair.
  2. Kemudian masukkan butter sehingga cair.( tak perlu mendidih) Biarkan sejuk sekejap.
  3. Asingkan putih telur dengan kuning telur. Kemudian pukul putih telur bersama gula hingga bertanduk atau meringue, telur telah berubah menjadi kilat dan likat. 
  4. Bekas yang lain pukul kuning telur bersama dengan esen vanilla hingga kembang.
  5. Masukkan susu segar, slice cheese dan butter yang telah dicair tadi kedalam adunan telur kuning tadi dan kacau menggunakan whisk hingga sebati.
  6. Ambil 1/3 daripada putih telur dan kaup balikkan ke dalam adunan kuning telur. Kemudian campurkan baki adunan putih telur sedikit demi sedikit. Kaup balik sebati. (jangan over, adunan agak ringan dan pekat)
  7. Alas loyang dengan baking paper, kemudian tuang adunan kedalam loyang dan bakar secara waterbath.
  8. Bakar pada suhu 160c selama 50 minit.
  9. Apabila masak sejukkan dulu kek, kemudian potong tengah dua bahagian menggunakan pisau pemotong roti.

Bahan-bahan Topping

  • 500g cream cheese
  • 150g gula icing
  • 1/4 sudu teh garam halus 
  • 100g whipping cream 

Cara-cara

  1. Pukul whipping cream hingga kembang, kemudian ketepikan.
  2. Pukul cream cheese, gula icing dan garam hingga sebati.
  3. Masukkan whipping crem yang telah diputar tadi dalam adunan cream cheese dan kacau hingga sebati.
  4. Sapukan pada seluruh permukaan kek, kemudian hiaskan dengan cheese parut diatas cream cheese tadi.
  5. Selamat mencuba :)

Jumaat, 13 September 2013

resepi kerabu maggi

















Bahan-bahan
  • Maggi perisa tomyam ( kari pun boleh )
  • Sosej ayam
  • bawang besar ( hiris)
  • daun ketumbar
  • jus limau nipis
  • tomato ( hiris ikut suka )
Cara-cara

  1. Rebus sosej dan fish ball sampai masak. 
  2. Panas kan air sehingga mendidih kemudian celur maggi sehingga lembut..
  3. Gaul sosej, fish ball dan maggi dengan perencah maggi, kemudian masukkan jus limau, daun ketumbar,bawang merah dan tomato, gaul sebati.
  4. Siap utk dimakan..senang tapi sedap!!

Rabu, 11 September 2013

RESEPI SINGGAN SOTONG

















Bahan-bahan


  • 10 ekor sotong 
  • 2 biji bawang merah dimayang 
  • 1 biji bawang putih dimayang 
  • 1 keping asam gelugur
  • Sehiris lengkuas 
  • 2 batang serai diketok
  • Air secukupnya 
  • Garam dan gula


Cara-cara 


  1. Didihkan bawang merah, bawang putih,lengkuas dan serai.
  2. Kemudian masukkan sotong dan asam gelugur
  3. Masak hingga mendidih
  4. Masukkan garam dan gula
  5. Perasakan selengkapnya. Bolehlah diangkat tak perlu masak lama sebab daging sotong akan jadi liat

Sabtu, 20 Julai 2013

resepi mihun goreng


Bahan-bahan

  • 1 bungkus mihun(diredam dlm air)
  • 1 keping isi dada ayam dipotong
  • 5 ekor sotong
  • 1 ikat sawi
  • 5 keping cili kering(direndam dlm air panas
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 s/b sos cili
  • 5 s/b sos tomato
  • sedikit sos sotong
  • sedikit belacan
  • garam dan gula secukupnya
  • sedikit air
Cara-cara
  1. Kisar cili kering, bawang merah dan putih dan sedikit belacan hingga lumat, kemudian tumis hingga garing, 
  2. Masukkan isi ayam dan sotong, kacau hingga masak. 
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos sotong, garam dan gula secukupnya, kacau sebati. Masukkan sedikit air dan kacau.
  4. Kemudian masukkan mihun dan kacau hingga sebati.
  5. Akhir sekali masukkan sawi dan kacau sekejap supaya sawi tidak terlalu laju.
  6. Siap untuk dihidangkan.

resepi nasi goreng ikan masin




Bahan-Bahan


  • 2 mangkuk nasi putih
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji cili 
  • 1 keping ikan tenggiri masin  gorengkan 
  • 2 biji telur
  • 3 helai daun sawi dipotong halus
  • 1 s/b sos ikan
  • minyak
  • garam



Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau.
2. Masukkan nasi, kangkong dan sos nampla. Gaulkan rata.
3. Masukkan telur dan biarkan agak masak sikit baru di kacau hancur. Gaulkan rata.
4. Taburkan ikan masin dan gaulkan rata.
5. Angkat dan masukkan dalam pinggan.
6. Taburkan daun bawang dan hidangkan bersama keropok keping.

Khamis, 18 Julai 2013

RESEPI ASAM SAGUPAL




Bahan-bahan: 

  • 2 cawan sagu putih - bersihkan dan toskan
  • 4 mangkuk santan
  • Sehelai daun pandan
  • Sedikit halba
  • Sehiris nipis halia
  • Gula pasir secukupnya
  • Secubit garam

Cara-cara

  1. Masukkan sagu ke dlm bekas besar dan tuang air panas mendidih sdkt2 .
  2. Buat hingga sagu blh dikepal dan ketepikan.
  3. Masak santan bersama daun pandan, halia, halba, garam dan gula hingga mendidih.
  4. Masukkan sagu yg telah dikepal td dan masak hingga sagu betul2 masak.
  5. Sejukkan dan sedia dihidangkan

resepi ikan patin masak tempoyak


Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan patin 
  • 5 biji cili padi - nak pedas letak lebih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 ke 4 sudu besar tempoyak - nak kuah pekat, boleh ltk tempoyak lebih 
  • 1kuntum bunga kantan - belah 2 
  • sedikit daun kesum 
  • 1 keping asam keping jika perlu 
  • garam secukup rasa


Cara-cara

  1. Bersihkan ikan patin, potong ikut saiz yg diingini.
  2. Untuk menghilangkan lendir dan hanyir basuh ikan patin dgn air asam jawa atau air asam limau.
  3. Rendam sekitar 5 minit dan toskan, cuci bersih dan toskan ikan tu. Ketepikan.
  4. Tumbuk cili padi dan kunyit.  
  5. Satukan didalam periuk, air secukupnya, tempoyak, bahan tumbuk dan bunga kantan. 
  6. Masak hingga mendidih dengan api sederhana.
  7. Bila dah mendidih pekat, baru masuk ikan patin. Jangan masak lama sangat sebab ikan lembut. Masukkan daun kesum.
  8. Sesuaikan rasa. Jika kurang masam, baru dimasukkan asam keping.



Rabu, 17 Julai 2013

resepi ikan swet sour



BAHAN-BAHANNYA


  •      1 ekor ikan bawal atau kerapu
  •      5 ulas bawang merah
  •      2 ulas bawang putih
  •      1 labu bawang besar ( untuk hiasan)
  •      1/2 inci halia
  •      4 sudu besar sos cili
  •      4 sudu besar sos tomato
  •      2 biji tomato
  •      sedikit air asam jawa
  •      garam dan serbuk perasa
  •      beberapa helai daun salad
  •      1 tangkai daun bawang
  •      1/2 sudu cilibo


CARA MEMBUATNYA


  1.    Ikan dibersihkan dan disapu garam, serbuk kunyit dan cilibo dan digoreng hingga masak
  2.    Bawang (merah dan putih) ditumbuk kemudian ditumis dengan 4 sudu minyak sehingga garing
  3.    Masukkan sos cili dan sos tomato
  4.    Apabila sudah digaul, masukkan air asam jawa
  5.    1 biji tomato dilenyek sehingga lumat dan masukkan ke dalam kuah yang telah disediakan
  6.    Masukkan serbuk perasa 
  7.    Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng dan bawang besar yang telah dipotong bulat bulat.
  8.    Biarkan mendidih selama 2 - 3 minit, kemudian angkat dan hidangkan
  9.    Hiaskan dengan hirisan buah tomato yang dipotong bulat bulat serta daun salad dan daun bawang.


resepi biskut tat nenas


























Bahan- bahan untuk inti nenas 


  • Nenas yang dah diblender dan ditoskan airnye 2 mangkuk.
  • gula satu mangkuk
  • Daun pandan
  • Kulit kayu manis
  • Jus oren sunkist (perah dari buah sunkist tau, sebelah)


Cara buat inti. 

1. Masukkan nenas gula, daun pandan, kulit kayu manis, dan jus oren dalam kuali.  
    Biarkan dalam kuali hingga kering.
2. kacau sekali sekala jangan bagi hangus.

Bahan untuk buat kulit tart 


  • Buttercup 250 gram 
  • Tepung gandum 300gram
  • Gula Icing 40gram
  • Tepung jagung 40gram
  • Esen vanila sikit
  • Pewarna kuning sikit.
  • Telur sebiji


Cara buat kulit tart 


  1. Pukul butter dan gula icing guna mixer dgn perlahan. Masukkan telur dan pukul.
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung serta esen vanilla dan perwana.
  3. Dah siap untuk diuli. Terapkan adunan, letak inti, Sapu kuning telor atas tart tadi dan bakar pada suhu   
  4. 150 darjah selama 20 minit.

resepi ikan cencaru sumbat




Bahan-bahan

  • 5 ekor ikan cencaru sederhana besar
  • 2 1/2 labu bawang besar
  • 10 biji cili merah segar [dibuang biji]
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar asam jawa 
  • sedikit garam & kunyit
Cara-cara

  1. Mesin cili dan bawang, kemudian masukkan asam jawa, gula, garam. 
  2. Kacau hingga sebati. Sumbatkan cili ke dalam ikan.
  3. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga masak.


resepi gulai lemak ketam



BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg ketam
  • 2 biji timun, buang kulitnya, kerat 3 dan belah 4 setiap keratan.
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 helai daun kunyit, disiat
  • 1 keping asam gelugor
  • 1200 ml santan cair
  • 500 ml pati santan
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :

  • 3 biji cili merah
  • 8 biji cili padi 
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :

  1. Ketam dibuang kulitnya, potong kaki kecil dan ketuk sedikit bahagian penyepit ketam untuk memudahkan isinya dikeluarkan nanti. 
  2. Jika saiz ketam besar, kerat dua untuk setiap satu. 
  3. Cuci bersih, tos dan masukkan ke dalam periuk. 
  4. Masukkan bahan-bahan kisar, serai titik dan asam gelugor ke dalam periuk berisi ketam tadi. 
  5. Gaul rata dan masak atas api hingga ketam berubah warna. 
  6. Tuang santan cair dan kacau perlahan. Biar mendidih. Masukkan timun dan daun kunyit. 
  7. Kemudian tuang pati santan. Kacau perlahan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. 
  8. Masak dengan api sederhana dan kacau selalu, masak hingga timun lembut sedikit. 
  9. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 

resepi biskut coklat chip




Bahan-bahan

125g butter
3/4 cawan gula perang
3 sudu besar gula castor
1 tutup esen vanilla
1 biji telur
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 3/4 cawan tepung biasa 
Secubit garam
125g chocolate chips

Cara-cara

1) Panaskan oven pd suhu 150 degrees celcius.
2) Pukul butter, gula dan vanila.
3) Masukkan telur dan pukul.
4) Campurkan bahan tadi dengan garam , soda bikarbonat dan tepung yang sudah diayak.
5) Tambah chocolate chips ke dlm adunan dan kacau rata.
6) Sudukan adunan berbentuk bola dan letak di atas dulang yg telah digrease.
7) Bakar selama 10-12 minit atau sehingga keperang-perangan.

resepi biskut suji


Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan minyak sapi

Cara penyediaan
1. Satukan  tepung dan gula.
2. Kemudian masukkan minyak ghee sedikit2  sehingga adunan boleh di uli atau dibentuk.
3. Bentukkan bulat dan susun dalam tray pembakar.
4. Jika suka boleh hiaskan dengan ceri merah di tengah2nya.
5. Bakar selama 25-30 minit dalam suhu 170 darjah C.

resepi biskut almond london




Bahan-bahan ( +/- 150 biji )


  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung*
  • 300 gm tepung gandum*
  • 2 sudu tepung beras*
  • 1 tsp baking powder*(*di ayak bersama)
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)
  • sedikit butter/shortening utk cairkan coklat

Cara-cara
  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

resepi daging masak dendeng



Bahan-bahan 


  • 1 kg daging
  • 300 gm cili merah (dikukus atau direbus, kemudian tumbuk kasar2.
  • bawang besar 1 biji besar dikisar)
  • 1 biji lagi dihiris tipis
  • cuka. gula dan garam secukup rasa.



Cara-cara


  1. Rebus daging dan potong tipis-tipis lalu goreng sehingga garing ketepikan.
  2. Tumis bawang kisar hingga naik bau dan masuk bawang hiris dan cili yang telah ditumbuk tadi.
  3. Tumis sampai naik minyak dan akhir sekali masukkan gula, cuka dan garam.
  4. Gaulkan daging goreng.
  5. Angkat dan hidang.

resepi biskut mama carrie



Bahan untuk biskut


  • 300 gram mentega
  • 400 gram tepung gandum
  • 100 gram gula aising
  • 120 gram susu tepung penuh krim
  • 100 gram tepung jagung


Cara membuatnya

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan tepung gandum, susu tepung dan tepung jagung perlahan-lahan. Gaul rata dan sebati.
  2. Canai doh dan terap mengikut acuan kegemaran
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180 C selama 15 minit


Bahan Aising untuk hiasan


  • 1 1/2 biji telur putih
  • 150 gram aising
  • 15 gram tepung jagung (diayak)
  • sedikit coklat emulco



  1. Pukul putih telur hingga kental. Masukkan gula ising sedikit demi sedikit
  2. Masukkan tepung jagung
  3. Gunakan pam. Hias pada
  4. permukaan biskut dan corakkan dengan coklat emulco mengikut corak kesukaan
  5. Biar hingga biskut dan aising kering dan keras. Jika suka bakar sekali lagi. 

resepi ayam penyet





















BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor Ayam 
  • Jintan Manis 
  • Jintan Putih 
  • Biji Ketumbar 
  • Bawang Putih 
  • 1 ½ inci Halia 
  • 1 inci Kunyit Hidup 
  • 3 batang  
  • 1 inci Lengkuas 
  • Daun limau purut
  • Air

CARA CARA MEMBUATNYA 

  1. Cuci ayam dan potong kepada 4 bahagian ayam.
  2. Tumbuk jintan manis, jintan putih, biji ketumber, kemudian tumbuk asing bawang putih, halia, kunyit hidup, serai dan lengkuas.
  3. Kemudian tumis bawang sehingga kekuningan. Masukkan rempah-rempah yang ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau.
  4. Masukkan ayam kedalam kuali dan kacau selama 5 minit.
  5. Masukkan air dan daun limau purut pastikan air melebihi paras ayam yang hendak direbus. Masukkan garam secukup rasa. Apabila ayam telah empuk, keluarkan ayam letak ditempat berasingan dan tapis air rebusan tadi.


SAMBAL AYAM PENYET / LOTEH

BAHAN BAHANNYA

  • Cili Padi Merah ( 30 biji digoreng )
  • Cili Merah ( 12 biji dipotong potong dan digoreng )
  • Tomato ( 4 biji dipotong 4 dan digoreng )
  • Bawang Merah ( 15 biji digoreng )
  • Bawang Putih ( 5 ulas digoreng )
  • Belacan (1 inci dibakar )
  • Air Asam Jawa

CARA CARA MEMBUATNYA 

  1. Setelah digoreng, semua bahan bahan perlulah ditumbuk satu persatu. 
  2. Masukkan semua bahan kedalam kuali dan digoreng sehingga naik minyak. 
  3. Masukkan air asam jawa bersama garam dan gula secukup rasa.
  4. Goreng ayam yang telah direbus sehingga garing. 
  5. Hidangkan bersama nasi putih,tempe dan tauhu goreng,timun dan kubis.

resepi biskut semperit














BAHAN-BAHAN:

  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula aising
  • 1 biji telur
  • 280 gm tepung kastard
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu serbuk penaik

CARA MENYEDIAKAN:

1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi.
3. Campurkan tepung jagung, tepung kastard, serbuk penaik, kismis dan garam ke dalam adunan 
    dan gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Gunakan acuan semperit untuk membentukkan.
5. Terapkan di atas dulang pem­bakar dan bakar pada suhu 170 0C selama 15 minit.

resepi biskut cornflakes




























Bahan-bahan(50-60 biji)


  • 4 cawan Cornflakes
  • ¼ cawan madu
  • ¼ cawan mentega
  • Papercup secukupnya
  • Sprinkles sebagai hiasan
  • Ceri (sebagai hiasan - ikut suka)


Cara-cara

1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.
2. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.
3. Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi.
4. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.

5. Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.

resepi kuih cara berlauk




Bahan Inti

  • 200 gm daging kisar
  • 2 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dgn sedikit air )
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering
  • Sedikit daun bawang/sup di racik2 dan lada merah di potong serong
  • Garam dan sedikit gula
Cara-cara Inti

  1. Blend bwng putih dan bwng merah sehingga lumat. Tumbuk udang kering sekadar hancur sedikit je.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bhn yg di tumbuk, masukkan rempah kari yg di bancuh dngn sedikit air dan tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan daging kisar. Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
  5. Setelah siap angkat dan ketepikan dulu.

Bahan Tepung

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 biji telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam

Cara-cara Tepung

  1. Pukul telur dan garam sehingga kembang, Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
  2. Tapis adunan tadi supaya tidak berketul. Titikkan sedikit pewarna kuning.

Cara Memasak 

  1. Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
  2. Tuang adunan 3/4 penuh sahaja.
  3. Masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong lada merah dan taburkan daun sup dan daun bwng.
  4. Tutup gunakan tutup periuk selama 4 minit atau sehingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan.

Selasa, 16 Julai 2013

resepi gulai lemak labu





















Bahan bahan


  • 500 gram labu kuning - potong kecil
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1 labu bawang besar, dihiris
  • 2 biji cili merah, dihiris
  • 2 sudu besar udang kering (atau ikan bilis)
  • Garam secukup rasa
  • Daun kunyit - carik
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 2 batang serai - ketuk
  • Sedikit lada hitam - tumbuk kasar


Cara-cara


  1. Masukkan semua bahan kecuali santan, cili merah dan daun kunyit ke dalam periuk. Rebuskan hingga labu lembut.
  2. Apabila sudah mendidih dan labu lembut, masukkan santan, cili merah, daun kunyit dan serbuk lada hitam.
  3. Masakkan hingga mendidih sekali lagi. Apabila sudah mendidih, tutup api dan hidangkan.


resepi ayam panggang



























Bahan-bahan


  • 1 ekor ayam dibersihkan
  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 sb serbuk jintan manis
  • 2 sb serbuk jintan putih
  • 3 sb serbuk ketumbar
  • 2 sb serbuk lada hitam
  • 3 sb serbut papika
  • 1 sb rosmary kering
  • 1 sb daun thyme
  • garam
  • sedikit minyak
 Cara-cara

  1. Kisar bawang besar dan bawang putih hingga hancur
  2. Kemudian masukkan ayam kedalam bekas dan masukkan kesemua rempah dan gaul sebati.
  3. Perap selama 1 jam seelum dipanggang.
  4. Panaskan oven pada suhu 200c.
  5. Bakar selama 1 jam 10 minit.
  6. Selesai hidangkan bersama nasi arab atau mandy.

resepi gulai ikan tongkol


















Bahan-bahan

5 keping ikan tongkol besar (Dibersihkan)
4 keping asam keping
2 sudu besar gula merah
2 biji cili hidup ( belah dua)
2 biji cili hijau (belah dua)
1 biji timun (potong kecil buang biji)
1 biji tomato (belah 4)
2 sudu kerisik
250ml santan
Garam, air dan minyak secukup nyer.

Bahan kisar

6 batang cili kering (dibersihkan)
2 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas

Cara-cara

Rebus ikan tongkol dengan asam keping, garam dan sedikit air biarkan semalaman (supaya rasa tu masuk kedalam ikan kalau tak pun xpe, kalau xnk ikan cepat hancur masukkan setitik dua cuka kedalam air rebusan).
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan agak kering atau naik minyak.
Bila bahan kisar dah naik minyak masukkan air rebusan ikan, santan dan gula merah kacau sehingga mendidih. Bila kuah dah mendidih baru masukkan ikan dan kerisik kacau dan masak sampai kuah agak pekat. Bila kuah dah cukup pekat masukkan garam secukup rasa.
Last sekali korang masukkan timun, cili hidup, cili hijau dan tomato kacau sebentar dan tutup api siap tuk dihidangkan..

resepi kuih seri muka














Bahan lapisan bawah

  • 400 gm/ 2 cwn pulut putih(direndam 3 jam)
  • 2 cwn santan cair(kena sama dgn sukatan pulut)
  • sedikit garam

Cara-cara


  1. Kukus pulut yg telah direndam tadi selamat 40 minit.
  2. Campurkan santan cair, garam, gaul sebati.
  3. Kemudian di tuangkan ke dlm pulut kukus n kacau sebati.Santan dgn pulut mesti sama parasnya.
  4. Kukus lagi selama 30 minit.
  5. setelah masak,tekan pulut tadi sehingga mampat.


Bahan lapisan

  • 2 cwn santan pekat 
  • sedikit daun pandan-diblen
  • 1 cwn tepung gandum
  • 3/4 cwn gula(nak manis-1 cwn gula)
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna hijau

Cara-cara

  1. Blender semua bhn tadi n tapiskan.
  2. Tuangkan adunan ke atas pulut yg telah di tekan.
  3. Kukus selama 40 minit, setiap 10 minit dibuka utk buang wap air.
  4. Sejukkan hidang hidangkan.