Rabu, 17 Julai 2013

resepi gulai lemak ketam



BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg ketam
  • 2 biji timun, buang kulitnya, kerat 3 dan belah 4 setiap keratan.
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 helai daun kunyit, disiat
  • 1 keping asam gelugor
  • 1200 ml santan cair
  • 500 ml pati santan
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :

  • 3 biji cili merah
  • 8 biji cili padi 
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :

  1. Ketam dibuang kulitnya, potong kaki kecil dan ketuk sedikit bahagian penyepit ketam untuk memudahkan isinya dikeluarkan nanti. 
  2. Jika saiz ketam besar, kerat dua untuk setiap satu. 
  3. Cuci bersih, tos dan masukkan ke dalam periuk. 
  4. Masukkan bahan-bahan kisar, serai titik dan asam gelugor ke dalam periuk berisi ketam tadi. 
  5. Gaul rata dan masak atas api hingga ketam berubah warna. 
  6. Tuang santan cair dan kacau perlahan. Biar mendidih. Masukkan timun dan daun kunyit. 
  7. Kemudian tuang pati santan. Kacau perlahan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. 
  8. Masak dengan api sederhana dan kacau selalu, masak hingga timun lembut sedikit. 
  9. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 

0 comments:

Catat Ulasan