Pasti Cuba

Resepi-resepi yang harus dicuba

Jumaat, 28 Disember 2012

resepi kerabu perut

Resepi Kerabu Perut



















Bahan-bahan
  • 500g perut lembu
  • Ikan kembong seekor
  • lada hitam/lada sulah
  • 4 ulas bawang merah 
  • cili merah dimayang
  • 1 batang bunga kantan dimayang
  • 20g kerisik
  • 1 biji asam limau nipis
  • garam dan gula secukupnya
  • 100ml santan 
  • sedikit kacang panjang dipotong halus-halus

Cara-cara
  1. Bersihkan dan rebuskan perut sampai lembut.
  2. Rebuskan ikan sampai masak.
  3. Potong perut halus-halus dan hancurkan isi ikan dan buang tulangnya.
  4. Potong cili merah, bawang merah bunga kantan dan kacang panjang halus-halus.
  5. Gaulkan semua bahan-bahan yang telah dipotong tadi dan masukkan perut dan isi ikan,                 kemudian    masukkan kerisik, asam limau, santan, lada sulah, garam dan gula secukupnya.
  6. Gaul sampai semua bahan sebati.
  7. Sedia dihidangkan bersama nasi putih yg masih panas.


Khamis, 27 Disember 2012

resepi bubur kacang hijau






















Bahan-bahan

  • 500g kacang hijau
  • 2 atau 3 keping gula melaka
  • 1 liter santan 
  • 2 helai daun pandan
  • 50g sagu putih
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Rebuskan kacang hijau, apabila nampak emput, masukkan santan dan daun pandan.
  2. Kemudian masukkan sagu, gula melaka dan garam.
  3. Kacau hingga bubur tadi betul-betul masak dan empuk.


Ahad, 23 Disember 2012

resepi ikan tiga rasa




















Bahan-bahan 

  • ikan siakap
  • tepung jagung
  • minyak
  • 2 biji bawang besar dipotong bulat
  • 6 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 biji tomato
  • 1/2 biji cili benggala dipotong dadu
  • 1 potong nenas
  • 4 sudu sos tomato dipotong dadu
  • 4 sudu sos cili thai
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan
  • 2 helai daun limau purut
  • garam dan gula secukupnya
  • daun bawang


Cara-cara
  1. Sapukan tepung jagung dan sedikit garam pada ikan dan goreng sehingga masak.....
  2. Kisakan bawang putih, 10 biji cili padi, 1 inci halia, serai dan nenas sehingga halus.
  3. Tumiskan bahan kisar tadi hingga naik bau, kemudian masukkan bawang besar, daun limau, tomato dan cili benggala, Kacauu seketika.
  4. Masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan, sos tiram, garam dan gula secukupnya.
  5. Masak hingga pecah minyak. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau supaya sebati.
  6. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang.





resepi mee bandung

















Bahan-bahan

  • 1 bungkus mee kuning
  • 100g daging dipotong nipis-nipis
  • 20g udang segar
  • 1 keping fish cake
  • 10 biji fish ball
  • 2 biji telur
  • 4 ulas bawang merah dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 10 tangkai cili kering diredam dan dikisar
  • sedikit belacan
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • sedikit sos tiram
  • sedikit sos ikan
  • seikat sawi
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 kuib pati daging
  • 1 biji tomato dipotong 4
  • 1 biji cili merah
  • 2 biji limau kasturi
  • bawang goreng
  • air secukupnya


Cara-cara

  1. Tumiskan bahan-bahan kisar tadi dan sedikit belacan, tumis sehingga garing, kemudian masukkan daging, udang fish cake dan fish ball. Kacau sekejap kemudian masukkan air.
  2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan. Kacau dan biarkan mendidih.
  3. Selepas itu masukkan garam, gula dan pati daging. Selepas semua mendidih masukkan telur.
  4. Kemudian masukkan sawi, tomato dan cili merah.
  5. Akhir sekali masukkan mee kuning dan hidangkan bersama bawang goreng, limau kasturi, sedap dimakan ketika masih panas :)

Sabtu, 22 Disember 2012

resepi pengat pisang






















 Bahan-bahan

  • 3 biji pisang tanduk 
  • 3 cawan santan pekat
  • 2-3 keping gula melaka
  • sedikit garam
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara
  1. Potong pisang mengikut cita rasa masing-masing
  2. Masukkan semua pisang, santan dan gula melaka, daun pandan,dan garam. Biarkan sehingga pisang lembut dan kacau sekali sekala agar santan tidak berketul.
  3. Hidangkan ketika masih panas bersama pulut.






resepi pulut durian

















\



Bahan-bahan 

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 250ml( 1 kotak kecil) santan pekat
  • 1 sudu teh garam
  • sedikit air 
  • 1 biji durian
  • 2 helai daun pandan
  • gula
Cara


  1. Basuh beras pulut dan redam selama 1 jam.
  2. Masukkan beras pulut, 2 cawan santan cair dan daun pandan kedalam loyang. Kukus hingga masak
  3. Masakkan santan pekat sekat dengan sedikit air, masukkan sedikit garam. Masak sehingga mendidih dan angkat.
  4. Hidangkan bersama durian, pulut, santan dan taburkan gula diatasnya.

resepi gulai kawah daging





















Bahan-bahan

  • 500g daging 
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar gula merah/ gula perang
  • 2 keping asam keping
  • minyak masak
  • garam secukupnya
  • 3 kuntung bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntung bunga lawan
  • 1 inci kulit kayu manis
Bahan kisar
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 7 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci langkuas
  • 1 inci halia

Cara-cara
  1. Potong daging kecil-kecil, basuh dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawan dan kayu manis hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan-bahan kisar ke dalam kuali, kemuadian masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan kacau hingga rata, kemudia masukkan sedikit air dan kacau rata.
  5. Apabila sudah pecah minyak, masukkan santan pekat, garam, gula merah kerisik dan asam keping, kemudian masak hingga mendidih.
  6. Hidangkan bersama nasi putih.

Jumaat, 21 Disember 2012

resepi sambal udang petai





















Bahan-bahan

  • 500g udang besar yang telah dicuci dan dibuang kulitnya
  • 4 papan petai
  • 1 biji bawang besar 
  • 1 cawan air asam jawa
  • garam dan gula secukupnya

Bahan-bahan Kisar
  • 1 1/2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • sedikit belacan
  • 20 keping cili kering


Cara-cara

  1. Tumiskan semua bahan-bahan kisar tadi sampai naik wangi.
  2. Masukkan udang dan kacau sehingga separuh masak.
  3. Kemudian masukkan petai, bawang air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
  4. Kacau sehingga masak, kemudian hidangkan.





resepi asam pedas daging






















Bahan-bahan


  • 500g daging dipotong kecil
  • 7 helai daun limau purut
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 2 biji tomato dipotong 4 
  • 2 cawan air
  • 1 cawan air asam jawa
  • 3 sudu makan minyak masak
  • garam dan gula secukupnya
  • 10 tangkai cili kering
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 3 batang serai
  • 3 biji buah keras
  • sedikit belacan

Cara-cara
  1. Kisar semua cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, halia, buah keras dan halia.
  2. Kemudian tumiskan semua bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging dan biarkan sehingga pecah minyak semula.
  4. Masaukkan air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air.
  5. Sesuaikan rasa dan diddihkan sehingga daging empuk.
  6. Kemudia masukkan daun limau purut dan tomato. Biarkan reneh sehingga pekat dan pecah minyak.
  7. Angkat dan hidangkan dengan daun ketumbar..

resepi kek pelangi

Resepi Kek Pelangi


























Bahan-bahan Kek
  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 sudu kecil baking powder
  • secubit garam halus
  • 1 buku butter
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 5 biji telur
  • 2 sudu esen vanila
  • pewarna merah, biru, hijau, kuning, oren, ungu
Bahan-bahan Topping
  • 1 buku creamcheese
  • 1 cawan gula ising
  • 1/2 cawan butter
Cara-cara
  1. Panaskan oven 15minit dengan suhu 170c.
  2. Ayak gandum dan baking powder.
  3. Pukul butter dan gula hingga kembang dan putih.
  4. Masukkan putih telur dan pukul sehingga gebu
  5. Masukkan esen vanilla dan pukul sebati
  6. Masukkan bahan diayak tadi selang seli dengan susu segar, dan pukul perlahan.
  7. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian. masukkan warna dan kacau sebati.
  8. Masukkan satu bahagian dalam loyang 8' yang dialas dan digris, bakar selama 10-15 minit dalam suhu 170c.
  9. Ulang sehingga habis semua warna. 
  10. Untuk setiap layer, sapukan dengan creamcheese.
  11. Untuk topping pukul semua bahan sehingga kembang dan sapu ke seluruh kek.

resepi durian crepe

Resepi Durian Crepe

















Bahan-bahan Kulit
  • 50g tepung gandum
  • 20g tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar butter dicair
  • 160ml air
  • 40ml susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • secubit garam
  • sedikit pewarna

Cara-cara

  1. Ayat tepung, masukkan gula. Kemudian masukkan susu segar, garam, telur, esen vanilla, butter cair, air, gula halus dan sedikit pewarna.
  2. Pukul sehingga sebati.
  3. Tapiskn adunan, kemudian panaskn non stick pan dengan sedikit minyak.
  4. Selepas itu tuangkan sesenduk kecil adunan dalam kuali dan masak seketika (tak perlu dibalikkan)
  5. Ulang sehingga adunan habis dimasak.

Bahab-bahan Inti

  • isi durian yang di buang biji
  • 150ml whipping cream
Cara-cara
  1. Pukul whipping cream sehingga kembang sehingga menjadi cream.
  2. Masukkan isi durian dan kacau sebati.
  3. Letak kulit yang telah dimasak tadi, kemudian letakkan inti yang telah dibuat tadi ditengah-tengah.
  4. Lipat kulit seperti lipat popia.


Sabtu, 15 Disember 2012

Repesi Kuih Lapis

Repesi Kuih Lapis


















Bahan-bahan

  • 160g gula pasir
  • 80g tepung ubi
  • 50g tepung beras
  • 40g tepung jagung
  • 500ml santan pekat
  • 125ml air
  • sedikit pewarna merah dan hijau
Cara-cara
  1. Jerang air dan gula hingga mendidih. Biar sejuk
  2. Ayat ketiga-tiga tepung. Campurkan santan dan kacau rata.
  3. Masukkan air gula dan kacau sebati.
  4. Bahagikan kepada 3 bahagian dan campurkan pewarna hijau dan merah ke dalam 2 bahagian.
  5. Lengser tin 20sm dengan minyak, panaskan di dalam pengukus
  6. Tuangkan selapis acuan biasa, kukus hingga masak.
  7. Ulangi secara berselang-seli hingga habis. Biar sejuk sebelum dipotong.

Resepi Ayam Kapitan

Resepi Ayam Kapitan


















Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam yg dipotong
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • sedikit minyak masak
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 heai daun pandan disiat dan disimpul
  • 500ml santan pekat
  • 3 sudu besar susu cair
  • 20g lengkuas
  • 30g kunyit hidup 
  • 2 batang serai 
  • 7 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • 10 biji buah keras
  • 4 tangkai cili merah
  • 6 tangkai cili padi
  • 6 tangkai cili kering
  • garam dan gula secukupnya

Cara-cara
  1. Kisar semua lengkuas, kunyit hidup, serai, bawang putih, bawang merah, buah keras, cili padi, cili merah dan cili kering hingga halus.
  2. Perapkan ayam dengan serbuk kari.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yg telah dikisar sehingga wangi
  4. Masukkan daun kari dan daun pandan, kacau.
  5. Masukkan ayam yg telah diperap tadi dan kacau selama 2 minit.
  6. Masukkan santan pekat dan susu cair, biarkan mendidih dan gunakan api pelahan dan renihan sehingga ayam masak.
  7. Letakkan dalam mangkuk dan hidangkan dengan nasi kegemaran anda.

Resepi Pes Tomyam

Resepi Pes Tomyam



















Bahan-bahan

  • 30 ulas bawang merah, dihiris dan digoreng hingga garing
  • 30 ulas bawang putih, dihiris dan digoreng hingga garing
  • 15 tangkai cii kering yg dibuang biji digoreng hingga garing
  • 100g udang kering digoreng
  • 250g gula melaka
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 7 sudu besar air asam jawa
Cara-cara
  1. Kisarkan kesemua bawang merah, bawang putih, cii kering dan udang kering hingga hancur.
  2. Masukkan gula melaka, air asam jawa dan sos ikan ke dlm periuk dan kacau hingga gula melaka larut.
  3. Masukkan bahan-bahan yg telah dikisar tadi dan kacau sehingga naik minyak.
  4. Sedia untuk digunakkan untuk membuat sup tomyam, nasi goreng atau sayur goreng.

Resepi Sotong Tom Yam Kering

Resepi Sotong Tom Yam Kering




















Bahan-bahan

  • 4 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih, yg teah dikisar
  • 2 batang serai, dititik
  • 4 tangkai lada kering yg telah dikisar
  • 4 ulas bawang merah yg telah dikisar
  • 4 tangkai cii padi 
  • 1 paket pes tom yam
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar  sos ikan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar jus limau
  • sedikit air
  • garam secukupnya
  • 200gm sotong yang teah dibersih dan dipotong
  • daun bawang

Cara-cara
  1. panaskan minyak dan tumis bawang utih dan serai hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering, cili padi dan pes tom yam dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan daun limau purut, sos ikan, sos tiram, jus limau, garam dan sedikit air. Biarkan merenih selama 1 minit.
  4. Masukan sotong dan daun bawang. Goreng sehingga kuah meyaluti sotong.
  5. Hidangkan semasa panas dengan mee atau nasi putih.

Resepi Sup Cendawan

Resepi Sup Cendawan






















Bahan-bahan
  • 300gm cendawan butang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 2 cawan air rebusan ayam
  • 1 cawan heavy cream
  • 500ml susu segar dalam kotak 
  • butter secukupnya
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar olive oil
  • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Cara-cara
  1. Potong semua cendawan kecil-kecil dan racik semua bawang . Panaskan butter bersama olive oil kemudian tumis semua bawang yang diracik tadi sehingga bawang menjadi layu . Masukkan cendawan tadi dan kacau cendawan sehingga masak serta cendawan menjadi lembut boleh la dimasukkan air secukupnya biar sampai mendidih dan tutup api dapur. Kisar semua cendawan dan, ketepikan dulu.
  2. Dalam periuk lain panaskan 3 sudu besar butter kemudian masukkan 2 sudu besar tepung gandum dan kacau sehingga semua bahan cukup mesra. Masukkan semua air rebusan ayam dan biar sampai mendidih.
  3. Masukkan balik cendawan yg sudah dikisar tadi ke dalam periuk dan terus masukkan cream dan juga susu sikit demi sedikit sambil kacau sup ni . Boleh la dirasa sup ni jika kurang masin boleh la masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
  4. Kacau sup cendawan ni perlahan-lahan dan biarkan sup mendidih serta menjadi pekat bila dah masak boleh la ditutup api dapur . Boleh terus dihidangkan dan sedap dimakan dengan garlic bread atau roti bakar biasa.