Jumaat, 28 Disember 2012

resepi kerabu perut

Resepi Kerabu Perut



















Bahan-bahan
  • 500g perut lembu
  • Ikan kembong seekor
  • lada hitam/lada sulah
  • 4 ulas bawang merah 
  • cili merah dimayang
  • 1 batang bunga kantan dimayang
  • 20g kerisik
  • 1 biji asam limau nipis
  • garam dan gula secukupnya
  • 100ml santan 
  • sedikit kacang panjang dipotong halus-halus

Cara-cara
  1. Bersihkan dan rebuskan perut sampai lembut.
  2. Rebuskan ikan sampai masak.
  3. Potong perut halus-halus dan hancurkan isi ikan dan buang tulangnya.
  4. Potong cili merah, bawang merah bunga kantan dan kacang panjang halus-halus.
  5. Gaulkan semua bahan-bahan yang telah dipotong tadi dan masukkan perut dan isi ikan,                 kemudian    masukkan kerisik, asam limau, santan, lada sulah, garam dan gula secukupnya.
  6. Gaul sampai semua bahan sebati.
  7. Sedia dihidangkan bersama nasi putih yg masih panas.


0 comments:

Catat Ulasan