Bahan-bahan
- 300gm cendawan butang putih
- 1 biji bawang besar
- 3 biji bawang putih
- 2 cawan air rebusan ayam
- 1 cawan heavy cream
- 500ml susu segar dalam kotak
- butter secukupnya
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar olive oil
- Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
- Potong semua cendawan kecil-kecil dan racik semua bawang . Panaskan butter bersama olive oil kemudian tumis semua bawang yang diracik tadi sehingga bawang menjadi layu . Masukkan cendawan tadi dan kacau cendawan sehingga masak serta cendawan menjadi lembut boleh la dimasukkan air secukupnya biar sampai mendidih dan tutup api dapur. Kisar semua cendawan dan, ketepikan dulu.
- Dalam periuk lain panaskan 3 sudu besar butter kemudian masukkan 2 sudu besar tepung gandum dan kacau sehingga semua bahan cukup mesra. Masukkan semua air rebusan ayam dan biar sampai mendidih.
- Masukkan balik cendawan yg sudah dikisar tadi ke dalam periuk dan terus masukkan cream dan juga susu sikit demi sedikit sambil kacau sup ni . Boleh la dirasa sup ni jika kurang masin boleh la masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
- Kacau sup cendawan ni perlahan-lahan dan biarkan sup mendidih serta menjadi pekat bila dah masak boleh la ditutup api dapur . Boleh terus dihidangkan dan sedap dimakan dengan garlic bread atau roti bakar biasa.
0 comments:
Catat Ulasan