Pasti Cuba

Resepi-resepi yang harus dicuba

Selasa, 29 Mei 2012

Resepi Chiken Chop Black Pepper

Resepi Chiken Chop Black Pepper





























Bahan-bahan Perap
  • 2 keping paha ayam yang telah dibuang tulang
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1cm halia ( cincang)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh sos tomato
  • 2 sudu teh sos cili
  • 1 sudu besar sos Lee & Perrins
  • 1 sudu teh kicap masin
  • 1 sudu teh kicap manis
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh madu
  • sedikit minyak bijan
  • garam secukup rasa


Bahan-bahan Sos Black Pepper
  • 1/2 botol sos lada hitam
  • 1 sudu kicap manis
  • 2-3 sudu sos tiram
  • 3 biji cendawan butang (cincang)
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam
  • garam dan gula secukup
  • tepung jagung
  • sedikit air


Cara-cara
  1. Gaulkan ayam dengan bahan-bahan perap dan perat selama 30 minit - 1 jam
  2. Goreng ayam yang telah diperap dengan minyak yang panas.
  3. Masukkan semua bahan sos dan masakkan sehingga pekat.
  4. Tuang sos black pepper keatas ayam yang telah digoreng tadi.
  5. Siap untuk dihidang.


Resepi Golden Pan Cake

Resepi Golden Pan Cake























Bahan-bahan

  • 250g tepung gandum
  • 10g baking powder
  • 5g baking soda
  • 70g gula halus
  • 2g garam
  • 4 biji telus(B)
  • 300ml susu segar
  • 120ml minyak jagung


Cara-cara

  1. Pukul telur, garam dan gula sehingga gula dan garam hancur. Kemudian masukkkan susu segar dan pukul sebati.
  2. Ayak gandum, baking powder dan baking soda. Kemudian masukkan kedalam bahan tadi dan selang seli dengan minyak jagung.
  3. Guna non stick pan, dan grill dengan api yang pelahan hingga masak kekuningan.
  4. Sesuai dimakan dengan maple syrup, madu dan sebagainya.


Resepi Tiramisu Mousse

Resepi Tiramisu Mousse




















Bahan-bahan

  • (A) 
    • 25g gelatine
    • 120ml air
  • (B) 
    • 250g cream cheese
  • (C) 
    • 5 biji kuning telur
    • 80g gula halus
  • (D)
    • 500ml whipping cream
  • (E)
    •  2 tsp nescafe
    • 30ml air suam
  • (F) 
    • 1 pekat biskut jari


Cara-cara

  1. Campurkan bahan A dan biarkan selama 5 minit, kemudian double boil sehingga gelatine menjadi cair.
  2. Pukul bahan B hingga kembang.
  3. Pukul bahan C hingga naik tajam, kemudian double boil sehingga telur masak.
  4. Pukul bahan D hingga kembang.
  5. Cairkan bahan E.
  6. Celup biskut jari dengan campuran bahan E, kemudian susun dalam acuan.
  7. Campurkan bahan B dan C, kemudian pukul sebati.
  8. Kemudian campurkan bahan D dan pukul sebati.
  9. Akhir sekali masukan bahan A dan pukul kesemua bahan tadi sehingga sebati
  10. Tuang campuran bahan tadi ke atas biskut jari yang telah dicelup dengan nescafe.
  11. Simpan di dalam peti semalaman dan hiasan dengan serbuk coco diatas.



Kembali ke Laman Utama

Resepi Blueberry Cheese Tart

Resepi Blueberry Cheese Tart


















Bahan-bahan Kulit
  • 380g tepung gandum
  • 125g gula icing
  • 200g butter
  • 1 biji telur gred A

Bahan-bahan Inti
  • 250g cream cheeese
  • 60g butter
  • 1/2 (30g) biji telur
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 100g filling blueberry

Cara-cara kulit
  1. Pukul butter dan gula icing sehingga kembang, masukkan telur dan pukul lagi selama 2 minit. Kemudian masukkan tepung gandum dan pukul sehingga sebati dan licin.
  2. Tekan doh ke dalam acuan tart, kemudian cucuk dengan garfu ditengah kulit supaya tidak gelembung ketika bakar.
  3. Bakar dengan suhu 200c selama 7-10 minit.

Cara-cara inti
  1. Pukul cream cheese, butter dan gula icing sehingga sebati.
  2. Maskkan telur dan jus lemon, kemudian pukul selama 2 minit.
  3. Masukkan campuran cheese ke dalam kulit tart, letak filling blueberry di atas.
  4. Bakar dengan suhu 220c selama 5 minit.


Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah



















Bahan-bahan A
  • 1/2 ayam yang dipotong
  • sedikit garam 
  • sedikit kunyit
  • Bahan-bahan B
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 3 ulas bawang putih 
  • 5 keping cili kering
  • 1cm halia
  • 1 biji tomato dipotong 
  • 1/2 cawan sos tomato
  • sedikit sos cili
  • 1 sudu kecil belacan
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
  1. Gaulkan ayam yang telah dipotong dengan sedikit garam dan kunyit.
  2. Goreng ayam sehingga masak. Angkat dan letak ketepi.
  3. Kisar cili kering, halia, bawang putih sehingga hancur.
  4. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan belacan, sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa.  Masukkan sedikit air dan kacau sebati.
  5. Kemudian masukkan bawang yang telah dipotong. Kacau selama 5 minit sebelum masukkan ayam.
  6. Biarkan mendidih selama 5 minit sebelum diangkat dan dihidang dengan nasi putih.




Isnin, 28 Mei 2012

Resepi Makaroni Bakar

Resepi Makaroni Bakar




















Bahan-bahan
  • 500g makaroni
  • 250g daging ayam cincang
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu teh serbuk cili @ serbuk paperika
  • 1 labu bawang besar ( didadu)
  • 4 ulas bawang putih( didadu)
  • 1 biji cili merah
  • sedikit daun sup
  • 3 batang sosej
  • 4 biji cendawan butang dlm tin
  • garam dan gula secukup
  • 100 g cheese
  • 5 biji telur
  • 1 cawan susu segar


Cara-cara
  1. Rebus makaroni sampai lembut, kemudian sejatkan.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan, masukkan daging cincang kemudian kacau sehingga masak.
  3. Masukkan kesemua rempah kedalam daging dan kacau. Tambah sedikit air dan masukkan garam dan gula. Kacau sehingga masak.
  4. Campurkan telur dengan susu segar dan kacau.
  5. Campurkan makaroni dengan daging cicang dan gaul sehingga sebati.
  6. Masukkan kedalam acuan, kemudian masukkan telur.
  7. Letakkan sosej, cendawan butang, cili merah dan daun sup diatas makaroni.
  8. Akhir skali letakkan cheese diatas dan bakar.

Resepi Puding Karamel

Resepi Puding Karamel





















Bahan-bahan A
  • 10 biji telur gred A@ B
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu teh asing vanilla
  • 5 sudu besar gula halus

Bahan-bahan B
  • 6 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar air

Cara-cara
  1. Panaskan air kukusan sampai mendidih.
  2. Campurkan telur, gula halus dan asing vanilla.
  3. Pukul sehingga kesemua bahan tadi kembang.
  4. Masukkan susu cair dan pukul sebati
  5. Panaskan bahan B sehingga cair dan hangus.
  6. Masukkan bahan B kedalam acuan, kemudian masukkan bahan A yang telah dipukul tadi.
  7. Kukus sehingga 1 jam sehingga masak.
  8. Sedia untuk dihidang.


Jumaat, 25 Mei 2012

Resepi Tomyam Seafood

Resepi Tomyam Seafood




















Bahan-bahan
  • 100g isi ayam
  • 100g udang yang telah dibuang kulit
  • 100g sotong yang telah dipotong
  • 50g lala
  • 30g fish ball
  • 6 batang serai
  • 3 helai daun limau purut
  • 10 biji cili api
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 5 biji adam limau( ambil jusnya)
  • 2 sudu teh serbuk lada
  • 2 sudu makan pes tomyam
  • sedikit susu cair


Cara-cara
  1. Bersihkan kesemua seafood.
  2. Potong semua bahan-bahan diatas.
  3. Tumiskan pes tomyam, kemudian masukkan air.
  4. Masukkan semua seafood dan biarkan 10 minit sehingga mendidih.
  5. Setelah itu masukkan kesemua bahan-bahan yang telah dipotong tadi.
  6. Biarkan selama 2 minit, masukkan serbuk cili, jus limau, garam dan gula secukup rasa.
  7. Biarkan selama 5 minit sebelum angkat.
  8. Masukkan kedalam mangkuk dan letakkan sedikit susu cair untuk menambahkan rasa lemak dalam tomyam.
  9. Hidangkan dengan nasi putih.



Kembali ke Laman Utama

Resepi Blueberry Cheese Cake

Resepi Blueberry Cheese Cake





















Bahan-bahan untuk tapak
  • 75g butter
  • 20 keping biskut merry

Bahan-bahan untuk kek
  • 500g cream cheese
  • 250g whipping cream
  • 2 sudu besar gula halus
  • 1 sudu besar asing vanilla
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 250g filling blueberry

Cara-cara
  1. Hancurkan biskut merry atau blendkan sampai hancur.
  2. Cairkan butter, kemudian gaulkan bersama biskut merry.
  3. Letakkan dalam dulang dan tekan supaya padat. Simpan dalam peti sejuk selama 10 minit.
  4. Pukulkan cream cheese, whipping cream, gula halus, asing vanilla dan jus lemon sampai sebati.
  5. Kemudian masukkan kedalam dulang tadi.
  6. Biarkan dalam peti sejuk selama 6-8 jam baru potong.


Resepi Ayam Goreng Berempah

Resepi Ayam Goreng Berempah




















Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam saiz sederhana.Terpulang nak potong kpd brapa bahagian.
  • 2 sudu makan rempah kari.
  • 2 sudu makan lada sulah
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 2 sudu makan serbuk jintan manis
  • 2 sudu makan serbuk jintan putih
  • Garam secukup rasa
  • 10 ulas bawang putih, 6 ulas bawang merah, 2 inci halia, 6 batang serai dikisar.
  • daun kari
  • Minyak masak


Cara-cara
  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali minyak masak dan daun kari.
  2. Perapkan selama 1 jam atau lebih.
  3. Panaskan minyak yang banyak. Pastikan minyak betul2 panas baru goreng ayam hingga kuning keemasan.
  4. Goreng daun kari dan taburkan diatas ayam yang telah digoreng tadi..
  5. Sedia untuk dihidangkan



Khamis, 24 Mei 2012

Resepi Ikan Bakar Berlada

Resepi Ikan Bakar Berlada




















Bahan-bahan

  • 3 ekor ikan kembung
  • 3 batang serai
  • 6 tangkai cili kering (yang telah diredam dalam air)
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 potong nenas yang telah dikisar hingga hancur
  • sedikit belacan
  • sedikit garam dan gula
  • sedikit air asam jawa



Cara-cara

  1. Kisar kesemua bahan sehingga hancur.
  2. Tumiskan bahan-bahan tadi hingga naik bau.
  3. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan belacan.
  4. Kacau sehingga pecah minyak.
  5. Bakar ikan kembung sehinggan masak, kemudian letakkan sambal diatas ikan tadi.
  6. Siap untuk dimakan dengan nasi panas-panas.



Rabu, 23 Mei 2012

Resepi Butter Prawn

Resepi Butter Prawn






















Bahan-bahan

  • 500g udang besar
  • 4 ulas bawang putih (cincang)
  • 2 batang daun kari
  • 2 biji kuning telur
  • 3 sudu besar butter
  • 3/4 cawan susu cair
  • garam dan gula secukup rasa


Cara-cara

  1. Goreng separuh masak udang dlm minyak yang panas dlm 3 minit, kemudian angkat.
  2. Masukkn satu sudu butter dgn sedikit minyak. Biarkn sehingga dapur betul2 panas baru masukkn kuning telur. Kacar sehingga menjadi rambu. Angkat dan sejat minyak yang lebih.
  3. Panaskan 2 sudu butter, kemudian tumis bawang putih dgn daun kari sehingga naik bau, kemudian masukkn susu cair, garam dan gula secukupnya. Kacau sebati.
  4. Masukkan udang kedalam bahan-bahan tadi dan kacau selama 2 minit.
  5. Angkat dan letakkan rambu telur tadi diatas udang.
  6. Siap untuk dihidang dengan nasi yang nasi panas.