Pasti Cuba

Resepi-resepi yang harus dicuba

Rabu, 11 Julai 2012

Resepi Macaron

Resepi Macaron























Bahan-bahan
  • 110gm gula aising
  • 65gm serbuk badam (ground almond)
  • 13gm serbuk koko
  • 60gm putih telur - dalam 2 biji
  • 20gm gula kastor
  • secubit cream of tartar

Filling (boleh dipelbagaikan ikut kegemaran masing2)
  • 120gm cream cheese
  • 2 sudu makan gula aising
  • 1 sudu makan whipping cream
  • 2 sudu makan serbuk coco

Cara-cara membuat macaron
  1. Ayakkan gula aising, serbuk badam dan serbuk koko dan ketepikan.
  2. Pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga kembang.
  3. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu dan kembang (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak mudah jatuh)
  4. Kaupbalikkan adunan tepung sedikit demi sedikit sebanyak 4 kali sehingga sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan menggunakan nozzle pipekan adunan ke atas dulang pembakar yang telah digris atau dilapik dengan non-stick paper,lakukan sehingga habis
  6. Setelah itu hentakkan dulang pembakar tadi untuk mengeluarkan angin dan ketepikan selama 1 jam supaya adunan mengeras
  7. Kemudian bakar pada suhu 150C selama 15 min atau sehingga keras dan biarkan sejuk sebelum di angkat dari dulang dan diisikan dengan filling.

Cara-cara membuat filling
  1. Ayakkan gula aising, kemudian satukan semua bahan dan pukul sehingga sekadar sebati.
  2. Simpan di dalam fridge lebih kurang 1 jam sebelum digunakan.
  3. Pippingkan tengah-tengah macaron dan tutup dengan macaron.

Resepi Kek Velvet


Resepi Kek Velvet


























Bahan-bahan
  • 2 1/2 cawan (250 gram) tepung kek diayak
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar (15 gram) koko biasa
  • 1/2 cawan (113 gram) unsalted butter (pada suhu bilik)
  • 1 1/2 cawan (300 gram) gula halus
  • 2 biji telur gred A @ B
  • 1 sudu teh ekstrak vanila
  • 1 cawan (240 ml) susu mentega
  • 2 sudu besar cecair pewarna makanan merah
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh soda penaik

Krim keju aising:
  • 227 g krim keju pada suhu bilik
  • 227 g keju Mascarpone pada suhu bilik
  • 1 sudu teh ekstrak vanila
  • 1 cawan (115 gram) gula icing
  • 1 1/2 cawan (360 ml) heavy whipping cream

Cara-cara membuat kek
  1. Panaskan ketuhar kepada 175c.
  2. Sapukan minyak atau mentega di dalam loyang dan lapis dengan kertas minyak.
  3. Ayak tepung, serbuk koko dan garam bersama.
  4. Pukul butter dan gula hingga kembang, kemudian masukkan telur sebijik demi sebijik, pukul hingga rata, dan masukkan vanilla.
  5. Masukkan pewarna merah dengan speed yang slow dan diselang selikan dengan tepung yang telah diayak tadi dengan susu mentega. Pukul hingga sebati.
  6. Selepas itu masukkan cuka dan serbuk soda dan pukul dengan speed yg laju hingga sebati.
  7. Bahagikan kepada tiga bahagian/bekas dan bakar selama 10-20 minit hingga masak.
  8. Sejukkan dan buang kertas dibawah kek tadi.

Cara membuat krim keju asing
  1. Pukul krim keju dan krim keju mascapone hingga licin. Tambah vanilla dan gula asing hingga kembang.
  2. Masukkan heavy whipping cream dan gula icing hingga icing cukup tebal untuk tutup kek nanti. Tambah lebih banyak gula atau whipping krim yang perlu untuk mendapat kepekatan cream yang betul.
  3. Letak krim keju icing di atas lapisan kek dan ulang untuk lapisan seterusnya.
  4. Letak lebihan krim keju diatas dan ratakan sehingga menutup semua kek.
  5. Boleh menghias kek dengan kelapa parut atau buah chery.




Resepi Kerabu Ikan Bilis dan Tomato


Resepi Kerabu Ikan Bilis dan Tomato























Bahan-bahan
  • 2 biji tomato dipotong
  • 3/4 cawang ikan bilis yg dibelah dua
  • 1 biji bawang besar  dipotong
  • 3-4 biji cili padi dipotong
  • 1 batang serai dipotong
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • asam limau (diambil airnya)
  • sedikit pati ikan bilis

Cara-cara
  1. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan sejukkan.
  2. Campur semua bahan-bahan yang telah dipotong dan masukkan garam, gula ,pati ikan bilis dan jus limau secukup rasa.
  3. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Gaul sebati


Resepi Ketupat Sotong

Resepi Ketupat Sotong






















Bahan-bahan
  • 1 kg sotong sedahana besar
  • 250g pulut
  • 250ml santan pekat
  • 250g gula merah
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 cawan air
Cara-cara
  1. Bersihkan sotong. Masukkan pulut. Satukan kepala dengan badan dengan menggunakan lidi.
  2. Masak gula merah dengan air dan tapiskan.
  3. Masukkan gula merah yang telah ditapis ke dalam santan pekat.
  4. Masukkan sedikit garam dan daun pandan.
  5. Masukkan sotong ke dalam bahan-bahan tadi. Masak sotong sehingga ia kembung.

Khamis, 5 Julai 2012

Resepi Laksam


Resepi Laksam Kelantan






















Bahan-bahan Laksam

2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
2 sudu kecil tepung ubi
secubit garam
4 cwn air suam

Cara-caranya

1. Campur semua bahan dan gaul sebati
2. Perap dlm setengah jam
4. Sementara tu sediakan periuk kukusan atas api
5. Guna pinggan makan/ dulang untuk ganti loyang (ada loyang lagi baik)
6. Letak pinggan tu dlm periuk kukusan
7. Tuang 2 senduk dan ratakan sampai nipis
8. Kukus sampai keras
9. keluarkan dan tunggu suam terus gulung
10.gunting sederhana tebal

Bahan-bahan Kuah

1/2 kg ikan selayang
5 biji bawang merah
sedikit serbuk lada hitam
1 inci halia
3 cwn santan
sedikit asam keping
sedikit gula

Cara-caranya

1.Rebus ikan dengan air dalam periuk. Paras air sama dengan paras atas ikan.
2.Masukkan satu asam keping dan sedikit garam.
3.Bila ikan sudah masak, keluarkan. Air rebusan jangan dibuang.
4.Buang tulang ikan.
5.Kisar isi ikan dengan halia, bawang merah dan air rebusan.
6.Masakkan bahan kisaran dalam periuk.
7.Tambahkan serbuk lada hitam, garam, satu lagi asam keping dan sedikit gula.
8.Masukkan santan. Masak hingga kuah agak pekat.
9.Tutup api.

Ulam:
*kacang panjang, daun kesum, bunga kantan, daun ketumbar
*semua hiris halus dan campurkan bersama
*Taugeh - direndam dalam air panas sebentar
*Timun - buang kulit, buang tengah dan hiris panjang

Selasa, 3 Julai 2012

Resepi Kerabu Mangga


Resepi Kerabu Mangga


























Bahan-bahan
  • 1 biji mangga 
  • 3 ulas bawang merah 
  • 1 biji tomato 
  • 3 biji cili api 
  • 1sudu kacang tanah yang telah digoreng
  • 2 sudu udang kering 
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu teh sos sotong
  • 2 sudu teh gula
  • 3 sudu teh jus limau
  • sedikit belacan

Cara-cara
  1. Parut mangga, kemudian masukkan bawang merah, cili api dan tomato yang telah dipotong halus. Gaul sebati.
  2. Masukkan udang kering yang telah ditumbuk, kacang tanah yang telah dibuang kulit, sos ikan, sos sotong, gula, jus limau danh belacan. Gaul semua bahan tadi serata.
  3. Hidangkan dan sesuia dimakan bersama nasi putih dan tomyam.
  4. Selamat mencuba.



Resepi Kek Pisang


Resepi Kek Pisang



























Bahan-bahan
  • 250g tepung gandum
  • 225g pisang berangan
  • 150g gula halus
  • 125g butter yg telah dicair
  • 100g minyak jagung
  • 2 sudu teh soda bikabonat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 15g ovellate
  • 5 biji telur - gred A@B
  • 1 sudu teh vanilla

Cara-cara
  1. Panaskan oven dangan suhu 170c.
  2. Lenyek pisang sampai lumat, kemudian ayat tepung gandum, soda bikabonat dan garam.
  3. Pukul telur dengan gula sehingga kembang, masukkan ovellate.
  4. Masukkan pisang yang telah di lenyek dalam telur dan pukul sehingga sebati.
  5. Masukkan tepung yang telah diayat sedikit demi sedikt dan selang selikan dengan minya dan butter cair. Akhir skali masukkan icing vanilla dan pukul sehingga sebati.
  6. Masukkan kedalam acuan dan bakar selama 50-60 minit dengan suhu 170c.

Resepi Nasi Lemak


Resepi Nasi Lemak






















Bahan-bahan utk nasi

- 1 kg beras
- 5 cawan santan
- 3 helai daun pandan
- 3 keping hirisan halia
- Garam secukup rasa

Cara-cara nk masak nasi 

1. Masukkan semua bahan kat atas tu ke dalam periuk nasi dan tunggu hingga masak.
2. Apabila nasi sudah kering, kacau rata dan tutup semula tudung.
3. Dh masak boleh lar dihidangkan.


 Bahan-bahan sambal 

- 2 cawan ikan bilis
- 20 tangkai cili kering dikisar halus
- 3 labu bawang besar juga dikisar halus
- 1 cawan air asam jawa
- 2 labu bawang besar dimayang kasar
- 1 sudu teh gula
- 3 sudu makan minyak masak
- garam secukup rasa
- sedikit belacan (atas citarasa sendiri nk masukkan ke tak)


Cara-cara nk buat sambal

1. Bahan2 yg dikisar td ditumis hingga naik bau.
2. Pastu masukkan air asam jawa,ikan bilis,garam dan bawang besar yg telah dimayang.
3. Masukkan air sedikit. Biarkan sambal mendidih. Gunakan api perlahan.
4. Apabila sudah pecah minyak bolehlah diangkat..


Resepi Puding Roti Caramel


Resepi Puding Roti Caramel






















Bahan-bahan

- 6 keping roti, dipotong menjadi kiub berukuran lebih kurang 1/2 inci
- 1 cawan air panas
- 1 cawan gula perang
- 4 biji telur, dipukul
- 2 cawan susu panas
- 1/2 cawan gula
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
- secubit garam
- krismis untuk hiasan


Cara-cara

1. Masukkan roti ke dalam mangkuk pyrex atau jenama yg sewaktu dengannya.
2. Gaulkan air panas dengan gula perang. Tuang ke atas roti.
3. Gaulkan kesemua bahan yang tinggal hingga sekata dan kemudian tuangkan juga ke atas roti.
4. Letakkan krismis diatas untuk hiasan.
5. Bakar pada suhu 180°C selama 50-60 minit.

*Puding roti ni boleh dihidang panas atau sejuk..


Resepi Kari Ikan Kembung


Resepi Kari Ikan Kembung























Bahan-bahan

* 6 ekor ikan kembung
* 2 biji terung - dipotong
* 4 biji cili hijau/ merah
* 1 labu bawang besar
* 3 ulas bawang merah
* 5 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 3 sudu makan serbuk rempah kari ( gaul dengan sedikit air )
* 1 sudu makan serbuk cili
* 2 cawan santan pekat
* 2 keping asam gelugur
* air secukupnya
* garam secukupnya
* daun kari secukupnya
* minyak untuk menumis secukupnya



Cara- cara

1.  Kisar semua bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia hingga hancur.
2.  Tumis bahan dikisar hingga wangi.
3.  Masukkan daun kari serta serbuk kari yang dicampur dengan air tadi. Kacau hingga seketika.
4.  Masukkan sedikit air, santan, asam gelugur dan ikan. Masak hingga mendidih.
5.  Jika dah  mendidih kena kacau selalu agar santan tak pecah atau berketul-ketul.
6. Bila Ikan dah masak boleh masukan terung dan cili merah/hijau.
7.  Sesuaikan rasanya kemudian kacau seketika, bolehlah diangkat.



Resepi Shark Fin Soup



Resepi Shark Fin Soup





















Bahan-bahan
  • 500g imitation shark fin
  • 250g isi ketam
  • 4 keping cendawan shitake
  • 700ml air rebusan ayam
  • 1 sudu teh chinese white pepper
  •  1 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur


Cara-cara
  1. Didihkan air rebusan ayam, kemudian masukkan isi ketam dan telur. Kacau sehingga telur hancur.
  2. Biarkan selama 3 minit, kemudian masukkan cendawan shitake dan kacau.
  3. Masukkan shark fin dan sedikit kicap.
  4. Akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan air untuk pekatkan kuah. Kacau sehingga sebati dan masak.
  5. Sesuai dimakan ketika panas.



Resepi Spaghetti


Resepi Spaghetti




















Bahan-bahan
  • 500g spaghetti
  • 500g daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 tin tomato puree
  • 2 biji tomato masak
  • 3-4 sudu oregano
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 5 sudu makan sos cili
  • garam dan gula secukup
  • air



Cara-cara

  1. Rebus spaghetti sehingga lembut, kemudian sejatkan.
  2. Kisar bawang besar dan bawang putih masak hingga hancur.
  3. Kisarkan tomato masak hingga hancur.
  4. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau.
  5. Masukkan daging cincang dan kacau sehingga masak, kemudian masukkan tomato yang telah dikisar, tomato puree, sos tomato dan sos cili.
  6. Kacau sebati dan biarkan mendidih. Masukkan juga sedikit garam, gula dan oregano. Kacau sehingga naik bau.
  7. Masukkan air dan kacau sehingga betul-betul masak.
  8. Sedia dihidangkan.



Resepi Pizza


Resepi Pizza



















Bahan untuk doh pizza
  • 500 gram tepung gandum
  • 8g gula
  • 8g yis kering
  • 4g garam
  • 300 ml air suam
  • 20ml minyak zaitun

Bahan untuk sos
  • 400 gram tomato dicincang
  • 1 biji bawang besar
  • 2 3/4 ulas bawang putih
  • 4g garam
  • 4g basil
  • 4g oregano
  • 1g serbuk lada hitam
  • 40ml minyak zaitun

Bahan Toping

  • 1 biji cili balaga didadu
  • 1 labu bawang besar dipotong panjang
  • cendawan butang
  • isi ayam
  • buah olive

Cara-cara

1. Ayak tepung gandum dan masukkan tepung ke dalam mangkuk pengadun.
2. Tambahkan minyak zaitun dan garam ke dalam tepung. Ketepikan seketika.
3. Di dalam gelas,campurkan yis dengan gula dan 50ml air suam dan kacau,
    kemudian biarkan selama  10 hingga 20 minit sehingga buih kelihatan di permukaan.
4. Kemudian, masukkan yis tadi, minyak dan garam serta baki air suam ke dalam tepung. 
   Gaul dan uli  dengan tangan sehingga menjadi doh yg lembut dan licin.
   Biasanya lebih kurang 10  minit.
5. Rehatkan doh dengan menutup permukaan mangkuk adunan dengan tuala yang kering dan 
    bersih. Biarkan selama setengah jam.
6. Setelah setengan jam, doh sudah naik dan mengembang. Ambil sebahagian dr doh dan 
    tepuk2 menjadi bulat dan letak di atas dulang pembakar.

*  Ok bahan tuk topping ni ikut suka nk taruk apa..

Citarasa masing2

Isnin, 2 Julai 2012

Resepi Coklat Kek


Resepi Coklat Kek Lembap























Bahan-bahan A
  • 250g butter
  • 250g gula perang
  • 4 biji telur gred B
  • 1 sudu kecil asing vanilla
  • 250ml susu segar
  • 4 susu besar minyak jagung
  • 250g kacang hazelnut (dipanggang)

Bahan-bahan B( gabung dan ayak semua tepung)
  • 250g tepung gandum
  • 50g serbuk coco
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara
  1. Pukul butter bersama gula perang hingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan sebijik demi sebijik telur dan masukkan vanilla.
  3. Setelah sebati masukkan semua bahan-bahan B yang telah diayak dan diselang selikan dengan susu segar dan minyak.
  4. Akhir sekali masukkan kacang hazelnut dan kacau sehingga semua sebati.
  5. Sapu minyak didalam loyang sebelum masukkan bahan-bahan tadi.
  6. Bakar dengan suhu 170c selama 45 minit hingga 60 minit.

Bahan-bahan Topping
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 30 g butter
  • 2 sudu minyak jagung
  • 2 bar dark coklat
  • 30 g serbuk coco

Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan tadi, kemudian double boil hingga coklat cair.
  2. Tuang keatas kek coklat.