Selasa, 3 Julai 2012

Resepi Pizza


Resepi Pizza



















Bahan untuk doh pizza
  • 500 gram tepung gandum
  • 8g gula
  • 8g yis kering
  • 4g garam
  • 300 ml air suam
  • 20ml minyak zaitun

Bahan untuk sos
  • 400 gram tomato dicincang
  • 1 biji bawang besar
  • 2 3/4 ulas bawang putih
  • 4g garam
  • 4g basil
  • 4g oregano
  • 1g serbuk lada hitam
  • 40ml minyak zaitun

Bahan Toping

  • 1 biji cili balaga didadu
  • 1 labu bawang besar dipotong panjang
  • cendawan butang
  • isi ayam
  • buah olive

Cara-cara

1. Ayak tepung gandum dan masukkan tepung ke dalam mangkuk pengadun.
2. Tambahkan minyak zaitun dan garam ke dalam tepung. Ketepikan seketika.
3. Di dalam gelas,campurkan yis dengan gula dan 50ml air suam dan kacau,
    kemudian biarkan selama  10 hingga 20 minit sehingga buih kelihatan di permukaan.
4. Kemudian, masukkan yis tadi, minyak dan garam serta baki air suam ke dalam tepung. 
   Gaul dan uli  dengan tangan sehingga menjadi doh yg lembut dan licin.
   Biasanya lebih kurang 10  minit.
5. Rehatkan doh dengan menutup permukaan mangkuk adunan dengan tuala yang kering dan 
    bersih. Biarkan selama setengah jam.
6. Setelah setengan jam, doh sudah naik dan mengembang. Ambil sebahagian dr doh dan 
    tepuk2 menjadi bulat dan letak di atas dulang pembakar.

*  Ok bahan tuk topping ni ikut suka nk taruk apa..

Citarasa masing2