Cari Blog Ini

Sabtu, 15 Disember 2012

Resepi Sup Cendawan

Resepi Sup Cendawan






















Bahan-bahan
  • 300gm cendawan butang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 2 cawan air rebusan ayam
  • 1 cawan heavy cream
  • 500ml susu segar dalam kotak 
  • butter secukupnya
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar olive oil
  • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Cara-cara
  1. Potong semua cendawan kecil-kecil dan racik semua bawang . Panaskan butter bersama olive oil kemudian tumis semua bawang yang diracik tadi sehingga bawang menjadi layu . Masukkan cendawan tadi dan kacau cendawan sehingga masak serta cendawan menjadi lembut boleh la dimasukkan air secukupnya biar sampai mendidih dan tutup api dapur. Kisar semua cendawan dan, ketepikan dulu.
  2. Dalam periuk lain panaskan 3 sudu besar butter kemudian masukkan 2 sudu besar tepung gandum dan kacau sehingga semua bahan cukup mesra. Masukkan semua air rebusan ayam dan biar sampai mendidih.
  3. Masukkan balik cendawan yg sudah dikisar tadi ke dalam periuk dan terus masukkan cream dan juga susu sikit demi sedikit sambil kacau sup ni . Boleh la dirasa sup ni jika kurang masin boleh la masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
  4. Kacau sup cendawan ni perlahan-lahan dan biarkan sup mendidih serta menjadi pekat bila dah masak boleh la ditutup api dapur . Boleh terus dihidangkan dan sedap dimakan dengan garlic bread atau roti bakar biasa.

0 comments:


Popular Posts