Cari Blog Ini

Ahad, 23 Disember 2012

resepi mee bandung

















Bahan-bahan

  • 1 bungkus mee kuning
  • 100g daging dipotong nipis-nipis
  • 20g udang segar
  • 1 keping fish cake
  • 10 biji fish ball
  • 2 biji telur
  • 4 ulas bawang merah dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 10 tangkai cili kering diredam dan dikisar
  • sedikit belacan
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • sedikit sos tiram
  • sedikit sos ikan
  • seikat sawi
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 kuib pati daging
  • 1 biji tomato dipotong 4
  • 1 biji cili merah
  • 2 biji limau kasturi
  • bawang goreng
  • air secukupnya


Cara-cara

  1. Tumiskan bahan-bahan kisar tadi dan sedikit belacan, tumis sehingga garing, kemudian masukkan daging, udang fish cake dan fish ball. Kacau sekejap kemudian masukkan air.
  2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan. Kacau dan biarkan mendidih.
  3. Selepas itu masukkan garam, gula dan pati daging. Selepas semua mendidih masukkan telur.
  4. Kemudian masukkan sawi, tomato dan cili merah.
  5. Akhir sekali masukkan mee kuning dan hidangkan bersama bawang goreng, limau kasturi, sedap dimakan ketika masih panas :)

0 comments:


Popular Posts