Cari Blog Ini

Ahad, 23 Disember 2012

resepi ikan tiga rasa




















Bahan-bahan 

  • ikan siakap
  • tepung jagung
  • minyak
  • 2 biji bawang besar dipotong bulat
  • 6 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 biji tomato
  • 1/2 biji cili benggala dipotong dadu
  • 1 potong nenas
  • 4 sudu sos tomato dipotong dadu
  • 4 sudu sos cili thai
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan
  • 2 helai daun limau purut
  • garam dan gula secukupnya
  • daun bawang


Cara-cara
  1. Sapukan tepung jagung dan sedikit garam pada ikan dan goreng sehingga masak.....
  2. Kisakan bawang putih, 10 biji cili padi, 1 inci halia, serai dan nenas sehingga halus.
  3. Tumiskan bahan kisar tadi hingga naik bau, kemudian masukkan bawang besar, daun limau, tomato dan cili benggala, Kacauu seketika.
  4. Masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan, sos tiram, garam dan gula secukupnya.
  5. Masak hingga pecah minyak. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau supaya sebati.
  6. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang.





0 comments:


Popular Posts