Cari Blog Ini

Sabtu, 15 Disember 2012

Resepi Ayam Kapitan

Resepi Ayam Kapitan


















Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam yg dipotong
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • sedikit minyak masak
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 heai daun pandan disiat dan disimpul
  • 500ml santan pekat
  • 3 sudu besar susu cair
  • 20g lengkuas
  • 30g kunyit hidup 
  • 2 batang serai 
  • 7 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • 10 biji buah keras
  • 4 tangkai cili merah
  • 6 tangkai cili padi
  • 6 tangkai cili kering
  • garam dan gula secukupnya

Cara-cara
  1. Kisar semua lengkuas, kunyit hidup, serai, bawang putih, bawang merah, buah keras, cili padi, cili merah dan cili kering hingga halus.
  2. Perapkan ayam dengan serbuk kari.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yg telah dikisar sehingga wangi
  4. Masukkan daun kari dan daun pandan, kacau.
  5. Masukkan ayam yg telah diperap tadi dan kacau selama 2 minit.
  6. Masukkan santan pekat dan susu cair, biarkan mendidih dan gunakan api pelahan dan renihan sehingga ayam masak.
  7. Letakkan dalam mangkuk dan hidangkan dengan nasi kegemaran anda.

0 comments:


Popular Posts