Cari Blog Ini

Selasa, 3 Julai 2012

Resepi Puding Roti Caramel


Resepi Puding Roti Caramel






















Bahan-bahan

- 6 keping roti, dipotong menjadi kiub berukuran lebih kurang 1/2 inci
- 1 cawan air panas
- 1 cawan gula perang
- 4 biji telur, dipukul
- 2 cawan susu panas
- 1/2 cawan gula
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
- secubit garam
- krismis untuk hiasan


Cara-cara

1. Masukkan roti ke dalam mangkuk pyrex atau jenama yg sewaktu dengannya.
2. Gaulkan air panas dengan gula perang. Tuang ke atas roti.
3. Gaulkan kesemua bahan yang tinggal hingga sekata dan kemudian tuangkan juga ke atas roti.
4. Letakkan krismis diatas untuk hiasan.
5. Bakar pada suhu 180°C selama 50-60 minit.

*Puding roti ni boleh dihidang panas atau sejuk..



Popular Posts