Cari Blog Ini

Jumaat, 7 Mac 2014

RESEPI BROWNIES LAPIS CHEESE



Bahan-bahan Brownies  


  • 200gm marjerin
  • 200gm dark chocolate
  • 170gm tepung gandum 
  • 30gm serbuk koko 
  • 170gm gula halus
  • 4 biji telur

Bahan-bahan  lapisan cheese


  • 250gm cream cheese
  • 60gm gula castor
  • 25 ml air
  • 1 biji telur gred A

Cara-cara


  1. Cairkan coklat dan majerin menggunakan double boil
  2. Pukul telur dan gula hingga kembang
  3. Satu kan tepung gandum dan serbuk coco, kemudian masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan gula tadi dan kacau menggunakan whisk hingga sebati.
  4. Akhir sekali masukkan coklat yang telah dicair tadi ke dalam adunan tepung, kacau sebati.
  5. Gariskan loyang dengan majerin dan kertas baking paper.
  6. Tuang separuh adunan coklat dalam loyang dan tutup dengan aluminium foil. Kukus selama 15 minit.
  7. Sementara menunggu kukusan masak sediakan cream cheese dulu, pukul cream cheese, gula hingga kembang, kemudian masukkan telur dan pkul, masukkan air.
  8. Tuang adunan cheese ke atas brownies yang dah masak tadi.
  9. Kukus selama 20 minit
  10. Akhir sekali masukkan lapisan brownies coklat diatas dan kukus 20 minit hingga masak dan tutup aluminium foil.
  11. Siap dan hidang.




0 comments:


Popular Posts