Cari Blog Ini

Jumaat, 10 Mei 2013

Nasi mandy




















Bahan-bahan ayam:


  • 1 ekor ayam 
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 sudu makan serbuk jintan manis
  • 2 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk kabsa
  • 3 biji bawang besar  dipotong bulat- bulat
  • 2 biji lemon dipotong bulat
  • sedikit garam
  • sedikit saffron atau serbuk papika utk namak merah
  • Aluminium foil.

Cara-cara


  1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan saffron atau serbuk papika. Perapkan dalam 15 minit.
  2. Balutkn dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
  3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.

Bahan-bahan Nasi Mandy


  • 4 cawan beras basmathi 
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • 3 ulas bawang putih dimayang
  • 1 inci halia dipotong kecil memanjang
  • 1/3 cwn kismis
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning
  • Garam secukup rasa.

Cara-cara


  1. Panaskan minyak tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum, kemudian masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  4. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

Bahan-bahan Sos


  • 1 biji tomato dipotong
  • 5 biji cili besar hijau dipotong
  • 1 tangkai batang ketumbar dipotong
  • Garam
  • Gula
  • Perahan lemon.

Cara-cara

1. Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.


0 comments:


Popular Posts