Cari Blog Ini

Sabtu, 13 April 2013

Resepi lasagna

Resepi Lasagna


lasagna



    Bahan-bahan :
    • Lasagna segera (Direbus sekejap dengan sedikit garam, dan minyak masak)
    • 1 paket daging cincang
    • Sos prego
    • Cendawan butang dalam tin
    • 2 sudu besar sos cili
    • Serbuk lada hitam
    • Serbuk oregano (optional)
    • Garam gula secukup rasa
    • Bawang merah dan bawang putih untuk tumis

    Bahan-bahan untuk sos keju :
    • 3 sudu mentega/butter
    • 4 sudu tepung gandum
    • Keju cheddar/mozarella (1/3 buku drpd 250gram, selebihnya guna untuk tabur di atas lasagna)
    • 500ml susu segar/campuran susu cair dlm tin dgn air
    • Garam secukup rasa

    Cara-cara :
    1. Tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan daging cincang dan masak sebentar sahaja, supaya daging tidak jadi terlalu berminyak.
    2. Masukkan sos prego dan sos cili.
    3. Masukkan cendawan butang, masak seketika.
    4. Perisakan dengan serbuk lada hitam, garam gula, dan oregano. Lepas masak, biarkan seketika hingga suam (untuk elakkan lapisan lasagna jadi terlalu lembik bila diletakkan bersama)
    5. Sediakan sos keju, dengan cairkan mentega dan tepung. Kemudian masukkan susu diikuti keju. Kacau, dan masukkan garam. Masak sehingga pekat.
    6. Dalam satu bekas, susun acuan daging yang dimasak tadi sehingga padat.
    7. Letakkan sos keju di atas lapisan daging, boleh tambah sedikit lada sulah kalau suka. Kemudia diikuti dengan lapisan lasagna yang telah direbus.
    8. Susun lagi acuan daging dan sos keju. Dari resepi ni, boleh buat 2 lapisan, dan disusun dalam bekas yang besar, cukup 8-10 org makan.
    9. Akhir sekali, taburkan keju di atas lapisan lasagna paling atas. Bakar sekejap dalam oven, suhu 190 dalam 15-20 minit sehingga keju cair.
    10. Jika tiada oven, boleh cairkan keju dgn teknik double boiler dan curah perlahan-lahan atas lasagna. 
    11. Sedia untuk dihidangkan.

    0 comments:


    Popular Posts