Cari Blog Ini

Rabu, 11 Julai 2012

Resepi Kek Velvet


Resepi Kek Velvet


























Bahan-bahan
  • 2 1/2 cawan (250 gram) tepung kek diayak
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar (15 gram) koko biasa
  • 1/2 cawan (113 gram) unsalted butter (pada suhu bilik)
  • 1 1/2 cawan (300 gram) gula halus
  • 2 biji telur gred A @ B
  • 1 sudu teh ekstrak vanila
  • 1 cawan (240 ml) susu mentega
  • 2 sudu besar cecair pewarna makanan merah
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh soda penaik

Krim keju aising:
  • 227 g krim keju pada suhu bilik
  • 227 g keju Mascarpone pada suhu bilik
  • 1 sudu teh ekstrak vanila
  • 1 cawan (115 gram) gula icing
  • 1 1/2 cawan (360 ml) heavy whipping cream

Cara-cara membuat kek
  1. Panaskan ketuhar kepada 175c.
  2. Sapukan minyak atau mentega di dalam loyang dan lapis dengan kertas minyak.
  3. Ayak tepung, serbuk koko dan garam bersama.
  4. Pukul butter dan gula hingga kembang, kemudian masukkan telur sebijik demi sebijik, pukul hingga rata, dan masukkan vanilla.
  5. Masukkan pewarna merah dengan speed yang slow dan diselang selikan dengan tepung yang telah diayak tadi dengan susu mentega. Pukul hingga sebati.
  6. Selepas itu masukkan cuka dan serbuk soda dan pukul dengan speed yg laju hingga sebati.
  7. Bahagikan kepada tiga bahagian/bekas dan bakar selama 10-20 minit hingga masak.
  8. Sejukkan dan buang kertas dibawah kek tadi.

Cara membuat krim keju asing
  1. Pukul krim keju dan krim keju mascapone hingga licin. Tambah vanilla dan gula asing hingga kembang.
  2. Masukkan heavy whipping cream dan gula icing hingga icing cukup tebal untuk tutup kek nanti. Tambah lebih banyak gula atau whipping krim yang perlu untuk mendapat kepekatan cream yang betul.
  3. Letak krim keju icing di atas lapisan kek dan ulang untuk lapisan seterusnya.
  4. Letak lebihan krim keju diatas dan ratakan sehingga menutup semua kek.
  5. Boleh menghias kek dengan kelapa parut atau buah chery.





Popular Posts