Cari Blog Ini

Selasa, 3 Julai 2012

Resepi Kari Ikan Kembung


Resepi Kari Ikan Kembung























Bahan-bahan

* 6 ekor ikan kembung
* 2 biji terung - dipotong
* 4 biji cili hijau/ merah
* 1 labu bawang besar
* 3 ulas bawang merah
* 5 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 3 sudu makan serbuk rempah kari ( gaul dengan sedikit air )
* 1 sudu makan serbuk cili
* 2 cawan santan pekat
* 2 keping asam gelugur
* air secukupnya
* garam secukupnya
* daun kari secukupnya
* minyak untuk menumis secukupnya



Cara- cara

1.  Kisar semua bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia hingga hancur.
2.  Tumis bahan dikisar hingga wangi.
3.  Masukkan daun kari serta serbuk kari yang dicampur dengan air tadi. Kacau hingga seketika.
4.  Masukkan sedikit air, santan, asam gelugur dan ikan. Masak hingga mendidih.
5.  Jika dah  mendidih kena kacau selalu agar santan tak pecah atau berketul-ketul.
6. Bila Ikan dah masak boleh masukan terung dan cili merah/hijau.
7.  Sesuaikan rasanya kemudian kacau seketika, bolehlah diangkat.




Popular Posts