Pasti Cuba

Resepi-resepi yang harus dicuba

Ahad, 19 Mei 2013

crunchy almond caremel



Bahan-bahan
  • 100g almond slice
  • 100g biji labu hijau
  • 50g biji bunga matahari
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar bijan hitan dan putih

Cara-cara
  1. Bakar almond, biji labu,biji bunga matahari dan bijan sehingga rangup.
  2. Masukkan gula dan air kedalam kuali, masak sehingga gula keperangan.
  3. Masukkan semua bahan-bahan yang terlah dibakar kecuali bijan, gaul sekejap sebelum angkat.
  4. Letakkan diatas dulang dan tekan, potong ketika masih panas-panas.

resepi solo ayam



Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam
  • 1 kg santan
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci halai
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 batang serai
  • 1 peket rempah solo
  • garam secukup rasa

Cara-cara
  1. Kisar semua bahan-bahan tadi hingga hancur.
  2. Lumurkan ayam dengan garam, kemudian bakar atau panggan.
  3. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau, kemudian masukkan rempah solo kacau sehingga garing.
  4. Masukkan santan dan garam, kacau sehingga pekat 
  5. Tuangkan sedikit keatas ayam yang separuh masak, dan tuang sekali lagi keatas ayam yang telah masak.
  6. Sedia dihidangkan bersama nasi.

Sabtu, 11 Mei 2013

resepi ikan siakap kengsom

Bahan-bahan




















  • 1 ekor ikan siakap 
  • rempah kengsom
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • sedikit belacan
  • 2 keping nenas dipotong dadu
  • daun ketumbar
  • 1 keping asam gelugur
  • 3 sudu besar susu cair
  • garam dan gula
  • ajinomoto
  • air

Cara-cara

  1. Mayang halus-halus bawang merah dan putih, kemudian tumis sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan rempah kengsom dan sedikit belacan, kacau sehingga pecah minyak.
  3.  Masukkan sedikit air, kacau sebati.
  4. Masukkan asam gelugur, nenas dan susu cair, kacau kemudian masukkan garam, gula dan ajinomoto.
  5. Akhir sekali masukkan daun ketumbar kacau sekajap kemudian angkat dan hidang.
Selamat mencuba :)  

resepi paprik























Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam 
  • 6 batang serai
  • 2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 7 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 10 batang cili padi (klu nk pedas letak lebih)
  • 3 helai daun limau
  • batang carrot
  • bunga kubis
  • kacang panjang
  • sedikit kicap ikan
  • garam dan gula
  • serbuk perasa


Cara-cara

  1. Potong kecil ayam, kemudian bersih hingga bersih.
  2. Kisar serai, halia, kunyit, lengkuas, bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga lumat.
  3. Potong carrot memanjang, potong bunga kubis dan kacang panjang.
  4. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau, kemudian masukkan ayam. Kacau sehinnga sebati.
  5. Setelah itu masukkan daun limau.
  6. Kemudian masukkan sedikit garam, sedikit kicap ikan, sedikit gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga ayam masak.
  7. Akhir sekali masukkan carrot, bunga kubis dan kacang panjang, kacau selama 1-2 minit.
  8. Sedap dimakan bersama nasi putih yang masih panas.

resepi kerabu kaki ayam






















Bahan-bahan

  • 1/2kg kaki ayam yang telah diproses
  • 3 labu bawang jerut
  • 5 tangkai cili padi
  • 1 biji buah tomato masak
  • 3 biji limau nipis( diambil jusnya)
  • Kicap sotong secukupnya
  • air bawang jerut secukupnya
  • 1tangkai daun ketumbar
  • 1/2 batang bunga gantang
  • 2 tangkai serai
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1/2 batang carrot
  • sedikit sos cili
  • ajinomoto

Cara-cara

  1. Potong kaki ayam yang telah diproses tadi, kemudian rendam dalam air panas selama 10 minit. Angkat dan sekat.
  2. Potong semua bahan-bahan halus-halus.
  3. Gaulkan bahan-bahan yang dipotong tadi bersama kaki ayam, masukkan air bawang putih, kicap sotong dan sedikit ajinomoto.
  4. Akhir sekali masukkan sedikit sos cili untuk kelihatan sedikit merah, kacau sehingga sebati.
Selamat mencuba :)

Jumaat, 10 Mei 2013

Nasi mandy




















Bahan-bahan ayam:


  • 1 ekor ayam 
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 sudu makan serbuk jintan manis
  • 2 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk kabsa
  • 3 biji bawang besar  dipotong bulat- bulat
  • 2 biji lemon dipotong bulat
  • sedikit garam
  • sedikit saffron atau serbuk papika utk namak merah
  • Aluminium foil.

Cara-cara


  1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan saffron atau serbuk papika. Perapkan dalam 15 minit.
  2. Balutkn dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
  3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.

Bahan-bahan Nasi Mandy


  • 4 cawan beras basmathi 
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • 3 ulas bawang putih dimayang
  • 1 inci halia dipotong kecil memanjang
  • 1/3 cwn kismis
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning
  • Garam secukup rasa.

Cara-cara


  1. Panaskan minyak tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum, kemudian masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  4. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

Bahan-bahan Sos


  • 1 biji tomato dipotong
  • 5 biji cili besar hijau dipotong
  • 1 tangkai batang ketumbar dipotong
  • Garam
  • Gula
  • Perahan lemon.

Cara-cara

1. Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.