Pasti Cuba

Resepi-resepi yang harus dicuba

Ahad, 24 Jun 2012

Resepi Gulai Ayam


Resepi Gulai Ayam





















Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam
  • 1 1/2 senduk cili kering dikisar
  • 1/2kg santan
  • 1 senduk bawang merah 
  • 1 sudu besar halia 
  • 4 ulas bawang putih 
  • 7 sudu makan rempah kari ayam
  • 1 keping gula melaka
  • 2 biji cili hijau dan cili merah (dibelah dua)
  • Asam keping, garam dan serbuk perasa secukup rasa


Cara-cara


  1. Ayam dibersihkan kemudian dipotong-potong, dibasuh dan toskan airnya.
  2. Kisar bawang merah, halia dan bawang putih.
  3. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan semua bawang dan halia yang telah dikisar hingga wangi baunya.
  4. Masukkan cili yang telah dikisar dan rempah kari ayam.
  5. Masukkan ayam dan gaulkan hingga rata.
  6. Masukkan santan, gula melaka, gula, garam, asam keping dan serbuk perasa secukup rasa.
  7. Apabila telah pekat dan sebati bolehlah masukkan cili merah dan cili hijau yang sudah dipotong dua.
  8. Hidangkan bersama nasi putih.

Resepi Oreo Cheese Cake


Resepi Oreo Cheese Cake





















Bahan-bahan Tapak
  • 200g biskut oreo hancur
  • 50g butter cair


Bahan-bahan Cake
  • 750g cream cheese
  • 130g gula halus
  • 250g whipping cream
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh jus lemon 
  • 1 sudu teh icing vanilla
  • 20 keping biskut oreo dipatah


Cara-cara
  1. Campurkan biskut oreo dengan butter cair dan gaul sebati, kemudian masukkan ke dalam acuan dan tekan. Simpan dalam peti sejuk selama 10 minit.
  2. Pukul cream cheese sampai kembang, kemudian masukkan whipping cream dan pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan gula, telur,jus lemon dan icing vanilla dan pukul sebati.
  4. Kemudian masukkan oreo yang telah dipatah dan gaul dengan mengunakan spatula.
  5. Letakkan ke atas tapas oreo yang telah di simpan dalam peti tadi.
  6. Bakar dengan suhu 150c selama 45-60 minit sehingga masak.
  7. Nikmati bersama keluarga diwaktu minum petang.


Resepi Ayam Percik Kelantan


Resepi Ayam Percik Kelantan



















Bahan-bahan Perapan Ayam
  • 1 ekor ayam berat 1kg
  • 3 ulas bawang puti
  • 1 inci gram halia
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-cara
  1. Bersihkan dan belah ayam
  2. Kisar halai dan bawang putih hingga hancur, kemudian masukkan serbuk kunyit dan sedikit garam.
  3. Lumur bahan tadi pada ayam dan bakar.

Bahan-bahan Untuk Kuah Percik
  • 200 ml santan pekat
  • sedikit air
  • 7 biji cili kering
  • 3 batang serai
  • 20 gram halia / 1 inci>
  • 70 gram bawang merah / 5 biji
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit ajinomoto

Cara-cara
  1. Rendam cili kering dalam air panas selama 10-15 minit.
  2. Kisar serai, cili kering yg telah direndam, halia, bawang merah, bawang putih hingga hancur.
  3. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi hingga naik bau, masukkan santan dan sedikit air.
  4. Ketuk 1 batang serai dan masukkan asam keping.
  5. Bila kuah dah betul-betul pekat, matikan api dan siram ayam yang separuh masak dengan kuah percik.
  6. Sedap dimakan bersama nasi kerabu dan nasi putih.




Lagi resepi masakan di sini

Khamis, 14 Jun 2012

Resepi Nasi Goreng Kampung


Resepi Nasi Goreng Kampung

























Bahan-bahan
  • 1/2 keping isi dada ayam yg dipotong
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 4 biji cili hijau
  • sayur kangkong dipotong
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 4 cawan nasi
  • 1 sudu besar serbuk perisa ikan
  • 1 ikan bilis
  • 2 biji telur
  • sedikit kicap ikan / sotong
  • garam secukup rasa
  • sedikit belacan
  • 1 sudu teh gula
  • 1 biji timun dihiris
  • 1 biji tomato dihiris


Cara-cara

1.  Bawang merah, bawang putih dan cili ditumbuk

2. Panaskan minyak dan tumis bahan - bahan yang ditumbuk dan sedikit belacan hingga
    kekuningan,  masukkan isi ayam sehingga masak.

3. Kemudian masukkan telur dan kacau hingga masak. Masukkan nasi dan kacau selama 2 minit pada
    api sederhana.

4. Tambah kicap ikan / sotong, garam, gula, serbuk ikan dan ikan bilis goreng dan kacau untuk
    2 hingga 3minit lagi.

5. Setelah itu masukkan cili dan sayur kangkong dan kacau sekejap. Tutup api dan hidangkan
    bersama tomato dan timun.

6. Lagi sedap makan bersama sambal belacan.




Lagi pilihan koleksi resepi di sini.

Selasa, 12 Jun 2012

Resepi Nasi Ayam Hainan


Resepi Nasi Ayam Hainan






















Bahan2 untuk nasi :

- 3 cawan beras yg panjang
- 2 sudu besar lemak ayam dan kulit (ini  akan membuatkan nasi bertambah enak)
- 2 sudu besar air
- 3 cm halia diparut
- 4 ulas bawang putih diparut
- 1 sudu teh garam atau secukup rasa
- 3 1/2 cawan stok ayam
- 2 batang daun serai (ini menjadikan nasi berbau harum)


Bahan2 untuk ayam hainan:

- 1 ekor ayam (berat lebih kurang 1.5 kg)
- air cukup untuk menenggelamkan ayam di dalam periuk
- 1 keping halia sebesar ibu jari, ditumbuk hancur
- 5 ulas bawang putih ditumbuk sedikit
- 1 sudu teh garam


Bahan2 untuk sos cili:

-  10 bji cili merah
- 4 ulas bawang putih
- 1/4 sudu teh garam
- 1 sudu teh jus limau nipis
- 2 sudu besar stok ayam (diambil dr rebusan ayam)


Bahan2 sos untuk ayam pula:

- 1 sudu besar minyak bawang putih
- 1 sudu teh minyak bijan
- 5 sudu besar light soy sauce
- 1 1/2 sudu besar gula (atau secukup rasa)
- 3 sudu besar air rebusan ayam




Cara-cara

1. Mula-mula kita basuh beras dan sejatkan di atas penapis hingga kering.

2. Sementara menunggu beras kering, kita sediakan ayam. Masukkan air secukupnya ke dalam 
    periuk (agak2 boleh tenggelamkan ayam). Didihkan air. Apabila sudah mendidih, masukkan garam, 
    halia,  bawang putih dan ayam. Kecilkan api dan masakkan ayam selama 20-25 minit. Selepas itu,
    tutup api dan tutup periuk. Biarkan ayam berada dalam periuk yang tertutup 
    selama 20-25 minit.  Kemudian angkat ayam dan rendamkan ayam di dalam air sejuk  
    (air dlm freezer) selama 5-6 minit. Kemudian angkat ayam dan sejat hingga kering. Sudah kering 
    barulah dipotong kecil.

3. Sementara ayam kering sepenuhnya, kita sediakan nasi. Panaskan kuali. Masukkan lemak dan
    kulit beserta air. Gunakan api kecil. Biarkan ia mendidih perlahan-lahan sehingga minyak keluar 
   dari lemak dan kulit. Kemudian masukkan halia dan bawang putih dan goreng. Apabila bawang
   putih hampir kekuningan keluarkan lemak dan kulit. Masukkan pula beras yg telah dikeringkan tadi 
   dan juga garam. Tumis pantas selama 1-2 minit. Kemudian masukkan beras ke dalam periuk nasi
   elektrik. Tambahkan air rebusan ayam dan juga serai. Biarkan nasi masak.

4. Sambil2 tu bolehlah siap kan sos cili. Masukkan semua bahan2 untuk buat sos cili ke dalam 
    blender. Kisarkan hingga sebati. Ok, siap. Adjust rasa sos dengan menambah garam dan gula. Ikut 
    selera masing2.

5. Last sekali sos untuk ayam. Gabungkan atau campurkan kesemua bahan2 untuk
    membuat sos ayam. Kemudian tuangkan ke atas ayam yg telah dipotong. 
   *adjust rasa sos ni dengan menambah air rebusan ayam dan kicap soya.

6. Ok dah selesai. Kalau nk hias tu pandai2 lar guna kreativiti sendiri..

Kalau ikutkan resepi nie, nampak rumitkan.
Tapi sebenarnya mudah jer nk buat nasi ayam hainan ni..
Kalau tk percaya cuba lar...





Halaman utama

Jumaat, 1 Jun 2012

Resepi Donut


Resepi Donut




















Bahan-bahan
  • 500g tepung gandum
  • 11g yis
  • 40g gula halus
  • 16g susu tepung
  • 5g garam
  • 3g baking powder
  • 1 biji telur
  • 250g air
  • 25g majerin
  • 47g shortening
  • 1 sudu kecil ovallatte ( utk frozen food)

Cara-cara
  1. Campurkan tepung gandum, yis, gula halus, susu tepung, garam, baking powder dan ovallate. 
  2. Kemudian masukkan telur dan air. Gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan majerin dan shortening, kemudian uli sehingga adunan menjadi licin.
  4. Rehatkan doh selamat 5 minit.
  5. Canaikan doh dan potong dengan donut cutter.
  6. Biarkan doh naik 2x ganda sblm digoreng.
  7. Sedia untuk makan petang.