Khamis, 14 Jun 2012

Resepi Nasi Goreng Kampung


Resepi Nasi Goreng Kampung

























Bahan-bahan
  • 1/2 keping isi dada ayam yg dipotong
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 4 biji cili hijau
  • sayur kangkong dipotong
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 4 cawan nasi
  • 1 sudu besar serbuk perisa ikan
  • 1 ikan bilis
  • 2 biji telur
  • sedikit kicap ikan / sotong
  • garam secukup rasa
  • sedikit belacan
  • 1 sudu teh gula
  • 1 biji timun dihiris
  • 1 biji tomato dihiris


Cara-cara

1.  Bawang merah, bawang putih dan cili ditumbuk

2. Panaskan minyak dan tumis bahan - bahan yang ditumbuk dan sedikit belacan hingga
    kekuningan,  masukkan isi ayam sehingga masak.

3. Kemudian masukkan telur dan kacau hingga masak. Masukkan nasi dan kacau selama 2 minit pada
    api sederhana.

4. Tambah kicap ikan / sotong, garam, gula, serbuk ikan dan ikan bilis goreng dan kacau untuk
    2 hingga 3minit lagi.

5. Setelah itu masukkan cili dan sayur kangkong dan kacau sekejap. Tutup api dan hidangkan
    bersama tomato dan timun.

6. Lagi sedap makan bersama sambal belacan.




Lagi pilihan koleksi resepi di sini.