Cari Blog Ini

Selasa, 16 Julai 2013

resepi kuih puteri mandi















Bahan kuih


  • 1 cawan tepung pulut
  • 1/2 sk air kapur
  • Pewarna 
  • Sedikit air 


Bahan kuah


  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 helai daun pandan
  • Garam


Cara-cara


  1. Tepung pulut dicampur dengan air kapur. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga tepung tak melekat di tangan dan bekas. 
  2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnalah ikut yang disukai. Biasanya warna hijau dan putih. Sementara itu, didihkan setengah periuk air.
  3. Bila dah siap menjadi doh, ambil sedikit adunan tadi dan gentel bulat-bulat sebesar ibu jari dan tekan sedikit di tengah tengahnya. 
  4. Masukkan ke dalam air mendidih. Adunan akan timbul bila dah masak. Angkat guna penapis teh dan masukkan ke dalam semangkuk air sejuk untuk mengelakkan ianya melekat.
  5. Untuk kuah, masakkan air, gula, garam dan daun pandan sehingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan kacau hingga pekat. 
  6. Masukkan puteri ke dalam kuah dan kacau rata. Bolehlah dihidangkan ketika sejuk.


0 comments:


Popular Posts