Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 19 September 2012

Resepi Asam Pedas Ikan Patin


Resepi Asam Pedas Ikan Patin


















Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan patin yang telah dipotong dan bersihkan dengan asam keping
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 cm halia
  • 1 btg serai dititik
  • Daun kesum
  • 1 bunga kantan dibelah dua
  • 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
  • 15 tangkai cili kering dikisar
  • Air secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak
  • sedikit belacan (ikut suka)
  • Boleh tambah sayuran seperti bendi dan terung panjang


Cara-cara
  1. Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan halia.
  2. Tumis bawang, serai dan cili kering yang telah dikiasr tadi hingga naik bau.
  3. Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
  4. Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air,boleh juga tambah sayuran seperti terung panjang dan bendi,biar mendidih.
  5. Masukkan ikan, garam, gula dan belacan jika suka,biar sehingga ikan masak, siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.
  6. Selamat mencuba.

0 comments:


Popular Posts