Cari Blog Ini

Selasa, 12 Jun 2012

Resepi Nasi Ayam Hainan


Resepi Nasi Ayam Hainan






















Bahan2 untuk nasi :

- 3 cawan beras yg panjang
- 2 sudu besar lemak ayam dan kulit (ini  akan membuatkan nasi bertambah enak)
- 2 sudu besar air
- 3 cm halia diparut
- 4 ulas bawang putih diparut
- 1 sudu teh garam atau secukup rasa
- 3 1/2 cawan stok ayam
- 2 batang daun serai (ini menjadikan nasi berbau harum)


Bahan2 untuk ayam hainan:

- 1 ekor ayam (berat lebih kurang 1.5 kg)
- air cukup untuk menenggelamkan ayam di dalam periuk
- 1 keping halia sebesar ibu jari, ditumbuk hancur
- 5 ulas bawang putih ditumbuk sedikit
- 1 sudu teh garam


Bahan2 untuk sos cili:

-  10 bji cili merah
- 4 ulas bawang putih
- 1/4 sudu teh garam
- 1 sudu teh jus limau nipis
- 2 sudu besar stok ayam (diambil dr rebusan ayam)


Bahan2 sos untuk ayam pula:

- 1 sudu besar minyak bawang putih
- 1 sudu teh minyak bijan
- 5 sudu besar light soy sauce
- 1 1/2 sudu besar gula (atau secukup rasa)
- 3 sudu besar air rebusan ayam




Cara-cara

1. Mula-mula kita basuh beras dan sejatkan di atas penapis hingga kering.

2. Sementara menunggu beras kering, kita sediakan ayam. Masukkan air secukupnya ke dalam 
    periuk (agak2 boleh tenggelamkan ayam). Didihkan air. Apabila sudah mendidih, masukkan garam, 
    halia,  bawang putih dan ayam. Kecilkan api dan masakkan ayam selama 20-25 minit. Selepas itu,
    tutup api dan tutup periuk. Biarkan ayam berada dalam periuk yang tertutup 
    selama 20-25 minit.  Kemudian angkat ayam dan rendamkan ayam di dalam air sejuk  
    (air dlm freezer) selama 5-6 minit. Kemudian angkat ayam dan sejat hingga kering. Sudah kering 
    barulah dipotong kecil.

3. Sementara ayam kering sepenuhnya, kita sediakan nasi. Panaskan kuali. Masukkan lemak dan
    kulit beserta air. Gunakan api kecil. Biarkan ia mendidih perlahan-lahan sehingga minyak keluar 
   dari lemak dan kulit. Kemudian masukkan halia dan bawang putih dan goreng. Apabila bawang
   putih hampir kekuningan keluarkan lemak dan kulit. Masukkan pula beras yg telah dikeringkan tadi 
   dan juga garam. Tumis pantas selama 1-2 minit. Kemudian masukkan beras ke dalam periuk nasi
   elektrik. Tambahkan air rebusan ayam dan juga serai. Biarkan nasi masak.

4. Sambil2 tu bolehlah siap kan sos cili. Masukkan semua bahan2 untuk buat sos cili ke dalam 
    blender. Kisarkan hingga sebati. Ok, siap. Adjust rasa sos dengan menambah garam dan gula. Ikut 
    selera masing2.

5. Last sekali sos untuk ayam. Gabungkan atau campurkan kesemua bahan2 untuk
    membuat sos ayam. Kemudian tuangkan ke atas ayam yg telah dipotong. 
   *adjust rasa sos ni dengan menambah air rebusan ayam dan kicap soya.

6. Ok dah selesai. Kalau nk hias tu pandai2 lar guna kreativiti sendiri..

Kalau ikutkan resepi nie, nampak rumitkan.
Tapi sebenarnya mudah jer nk buat nasi ayam hainan ni..
Kalau tk percaya cuba lar...





Halaman utama


Popular Posts