Pasti Cuba

Resepi-resepi yang harus dicuba

Rabu, 27 Mac 2013

resepi kerabu suhun



















Bahan-bahan

  • 1 paket suhun diredam 
  • 6 ekor udang segar 
  • 2 ekor sotong 
  • 1 biji cili merah
  • 1 ulas bawang besar
  • sedikit sos ikan
  • sedikit sos sotong
  • 2-3 labu bawang putih jerut
  • air bawang jerut
  • sedikit ajinomoto
  • 2 biji limau dan ambil jusnya
  • seikat daun bawang
  • 1 bili tomato 

Cara-cara
  1. Rebus sotong, dan udang sehingga masak dan potongkan.
  2. Potong bawang merah, cili merah, daun bawang, bawang jerut dan tomato.
  3. Masukkan suhun, Kemudian masukkan sos ikan, sos sotong, jus limau, ajinomoto dan air bawang jerut
  4. Gaul semua bahan tadi sehingga sebati.
  5. Sedia dihidangkan.

Sabtu, 16 Mac 2013

resepi kek batik


















Bahan-bahan


  • 250 gm biskut marie
  • 200 gm milo
  • 3/4 tin susu pekat
  • 2 sb serbuk koko
  • 150 gm butter
  • 3 biji telur A
  • 1 sk serbuk nescaffe 
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 sb air 


Cara-cara


  1. Sediakan loyang dan alaskan dasar serta bahagian tepi loyang dgn baking paper/greasproof paper.
  2. Satukan semua bahan dalam periuk kecuali biskut dan butter,kacau rata.
  3. Panaskan bahan tersebut dgn api kecil..Apabila sudah agak sebati,masukkan butter dan kacau lagi hingga adunan pekat dan berbintil2.
  4. Matikan api,tuang sesenduk adunan ke dalam loyang,ratakan dgn sudu dan aturkan biskut marie menutupi adunan coklat tersebut..Ulang proses melapis sehingga kesemua adunan habis diakhiri dgn lapisan coklat.
  5. Selesai lapisan terakhir,ambil lebihan baking paper dan tekan permukaan kek supaya kek rata dan padat.
  6. Sejukkan kek,seelok-eloknya semalaman sblum dipotong menggunakan pisau tajam yg dicelup air terlebih dahulu. Sedia dihidang.


resepi roti pizza






Bahan-bahan


  • Roti gardenia 
  • 1tin ikan tuna
  • Sosej
  • Thousan island
  • Mayonis
  • Bawang kuning 
  • Kiub nenas
  • Monzarella cheeze
  • Cheeze cheeder
  • daun oregano


Cara-caranya


  1. Potong bulat-bulat bawang besar, kemudian lenyetkan ikan tuna dan potong sosej.
  2. Panaskan oven, kemudian alaskan tray oven dengan aluminium foil.
  3. Sapukan thousan island kemudian mayonis di roti selepas itu letak isi ikan tuna,sosej, kiub nenas dan bawang.
  4. Kemudian letak cheese cheedar serta mozarella cheese.
  5. Akhir sekali letak daun oregano diatas dan bakar dengan suhu 160c selamaa 15minit.


kek coklat karamel





















Bahan karamel

  • 2 sudu besar gula digoreng dgn sedikit air, sehingga menjadi perang

Bahan Puding

  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 3 biji telur
  • sedikit esen vanilla

* Semua bahan di atas dipukul lembut.


Bahan kek

Bahan A

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak

* Semua bahan di atas dimasak sebentar di atas api.

Bahan B

  • 11/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder

* Semua bahan di atas diayak.

Bahan C

  • 3 biji telur pukul hingga kembang


Cara-cara

1. Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Ketepikan.
2. Masukkan bahan puding di dalam karamel. Kukus 20 minit dengan api sederhana.
3. Masukkan kesemua bahan kek ke dalam puding. Kukus 1jam atau sehingga masak.