Pasti Cuba

Resepi-resepi yang harus dicuba

Isnin, 12 November 2012

Resepi Singgan Daging

Resepi Singgan Daging



















Bahan-bahan

  • 1/2 kg daging
  • 1 inci halia 
  • 1 inci lengkuas 
  • 5 ulas bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 5 tangkai cili kering 
  • Ketumbar 
  • lada hitam
  • 3 keping asam keping
  • garam secukupnya
  • Air - secukupnya

Cara-cara
  1. Potong nipis dan bersihkan daging.
  2. Mayangkan halia, lengkuas, bawang putih, bawang merah dan cili kering.
  3. Panaskan daging sehingga mendidih dan daging lembut, kemudia masukkan kesemua bahan-bahan yang telah dimayang tadi.
  4. Kemudian masukkan ketumbar, lada hitam, asam keping dan garam secukupnya.
  5. Biarkan mendidih dan sebati semuanya.
  6. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih yang masih panas.



Jumaat, 2 November 2012

Resepi Daging Masak Merah


Resepi Daging Masak Merah


















Bahan-bahan

  • 1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • 1 biji cili capsicum hijau
  • 2 cm halia dipotong halus
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato 
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar cili boh
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
  1. Tumiskan bawang besau, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
  2. Masukkan sos cili, sos tomato n sos tiram dan cili boh, kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan sedikit air rebusan daging tadi untuk jadikan kuah. 
  4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
  5. Masukkan daging rebus tadi kacau hingga sebati.
  6. Masukkan cili capsicum hijau tadi.
  7. Bleh makan ngan nasik putih, atau jadikkan lauk nasi goreng USA
  8. Selamat mencuba :)