Pasti Cuba

Resepi-resepi yang harus dicuba

Rabu, 19 September 2012

Resepi Nasi Dagang


Resepi Nasi Dagang




















Bahan-bahan
  • 1.5 kg beras nasi dagang
  • 8 biji bawang merah dihiris
  • 11/2 inci halia dihiris panjang-panjang
  • 1 sudu besar rata halba
  • santan pekat 2 cawan dimasak bersama sedikit garam
  • santan cair 21/2 cawan


Cara-cara

  1. Rendam beras nasi dangang semalaman.
  2. Letakkan beras dalam pengukus dan kukus dalam 15 minit.
  3. Kukus kali kedua, masukkan santan cair sedikit demi sedikit bersama-sama dengan hirisan bawang merah, halba dan halia dan gaul sebati, kemudia kukus lagi dalam 15 minit.
  4. Akhir sekali, gaulkan nasi dagang yang telah dikukus tadi dengan pati santan yang telah dimasak dan kukus balik.  Kukus sekejap je dan gaul sehingga sebati, jangan terlalu lama kukus sebab nasi akan pecah-pecah dan terlalu lembut.
  5. Hidangkan bersama dengan gulai ayam 

Resepi Asam Pedas Ikan Patin


Resepi Asam Pedas Ikan Patin


















Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan patin yang telah dipotong dan bersihkan dengan asam keping
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 cm halia
  • 1 btg serai dititik
  • Daun kesum
  • 1 bunga kantan dibelah dua
  • 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
  • 15 tangkai cili kering dikisar
  • Air secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak
  • sedikit belacan (ikut suka)
  • Boleh tambah sayuran seperti bendi dan terung panjang


Cara-cara
  1. Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan halia.
  2. Tumis bawang, serai dan cili kering yang telah dikiasr tadi hingga naik bau.
  3. Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
  4. Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air,boleh juga tambah sayuran seperti terung panjang dan bendi,biar mendidih.
  5. Masukkan ikan, garam, gula dan belacan jika suka,biar sehingga ikan masak, siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.
  6. Selamat mencuba.

Isnin, 17 September 2012

Resepi Kailan Ikan Masin

Resepi Kailan Ikan Masin


















Bahan-bahan

  • 500 g sayur kailan dipotong
  • 100 g udang dibuang kulit
  • 1 s/b sos tiram
  • 1 biji cili merah dipotong 
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar dipotong
  • 2 keping isi ikan masin / jeruk
  • sedikit kicap ikan

Cara-cara
  1. Tumis bawang putih putih hingga naik bau, kemudian masukkan bawang besar, kacau hingga layu.
  2. Masukkan isi ikan masin dan goreng hingga naik bau, masukkan udang kacau hingga kekuningan.
  3. Masukkan sayur kailan, cili, sos tiram dan kicap ikan. Kacau dalam 2 minit sebelum diangkat.
  4. Sedap dihidangkan bersama nasi putih dan tomyam.



Selasa, 4 September 2012

Resepi Red Ruby

Resepi Red Ruby






















Bahan-bahan

  • 5 biji sengkuang cina
  • 2-3 sudu kecil pewarna merah
  • tepung ubi secukupnya
  • 3-4 cawan santan pekat
  • 1 tin susu cair
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • ais

Cara-cara

  1. Potong dadu sengkuang dan basuh bersih. Rendam dalam air yang telah dicampur dengan pewarna merah kira-kira setengah jam.
  2. Toskan dan gaulkan dalam tepung ubi.
  3. Sediakan air rebusan hingga mendidih.
  4. Sediakan juga air sejuk dalam bekas berasingan. Masukkan sengkuang tadi anggaran segenggam pada satu-satu masa ke dalam air rebusan. Cara merebusnya sama seperti membuat  Buah  Melaka. Red ruby ini akan timbul apabila telah masak.
  5. Campurkan santan dengan garam. Masukkan air gula dan susu cair. Seimbangkan rasa lemak manisnya.
  6. Hidangkan dengan ais atau sejukkan dlm peti sejuk dahulu sebelum dihidangkan.