Cari Blog Ini

Rabu, 11 Julai 2012

Resepi Macaron

Resepi Macaron























Bahan-bahan
  • 110gm gula aising
  • 65gm serbuk badam (ground almond)
  • 13gm serbuk koko
  • 60gm putih telur - dalam 2 biji
  • 20gm gula kastor
  • secubit cream of tartar

Filling (boleh dipelbagaikan ikut kegemaran masing2)
  • 120gm cream cheese
  • 2 sudu makan gula aising
  • 1 sudu makan whipping cream
  • 2 sudu makan serbuk coco

Cara-cara membuat macaron
  1. Ayakkan gula aising, serbuk badam dan serbuk koko dan ketepikan.
  2. Pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga kembang.
  3. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu dan kembang (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak mudah jatuh)
  4. Kaupbalikkan adunan tepung sedikit demi sedikit sebanyak 4 kali sehingga sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan menggunakan nozzle pipekan adunan ke atas dulang pembakar yang telah digris atau dilapik dengan non-stick paper,lakukan sehingga habis
  6. Setelah itu hentakkan dulang pembakar tadi untuk mengeluarkan angin dan ketepikan selama 1 jam supaya adunan mengeras
  7. Kemudian bakar pada suhu 150C selama 15 min atau sehingga keras dan biarkan sejuk sebelum di angkat dari dulang dan diisikan dengan filling.

Cara-cara membuat filling
  1. Ayakkan gula aising, kemudian satukan semua bahan dan pukul sehingga sekadar sebati.
  2. Simpan di dalam fridge lebih kurang 1 jam sebelum digunakan.
  3. Pippingkan tengah-tengah macaron dan tutup dengan macaron.


Popular Posts