Pasti Cuba

Resepi-resepi yang harus dicuba

Sabtu, 15 Mac 2014

Resepi Daging Gulai Masak Rebung



Bahan-bahan

  • 300gm rebung - dihiris
  • 600gm daging cincang
  • 4 sudu makan rempah kari daging
  • 1 mangkuk santan
  • 125ml air
  • Garam secukup rasa

Bahan tumis


  • 2 biji bawang besar – dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih – dihiris halus
  • 2.5cm halia - dihiris halus
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 tangkai daun kari

Cara memasak

1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bunga lawang, bunga cengkih, jintan manis, kulit kayu         manis dan daun kari sehingga berbau harum.
2. Masukkan bahan hiris, tumis lagi hingga wangi.
3. Masukkan rempah kari daging yg telah dicampur dgn sedikit air. Tumis hingga rempah masak.
4. Masukkan daging, gaul hingga keluar air daging, masukkan santan dan air. Biarkan mendidih.
5. Masukkan rebung dan terus masak menggunakan api sederhana hingga daging empuk.
6. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit serbuk perasa. Biarkan sebentar. Siap

Resepi Kek Marble


Bahan bahan

  • 8 oz/227gm mentega
  • 6 oz/170gm tepung gandum
  • 6 oz/170gm gula kaster
  • 5 biji telur dari fridge
  • 3 sb susu pekat
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sb ovalette
  • 3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (guna coklat emulco)

Cara-cara


  1. Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
  3. Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
  4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.
  6. Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit. 
p/s
Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.

Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah sebati dengan adunan mentega

Jumaat, 7 Mac 2014

RESEPI BROWNIES LAPIS CHEESE



Bahan-bahan Brownies  


  • 200gm marjerin
  • 200gm dark chocolate
  • 170gm tepung gandum 
  • 30gm serbuk koko 
  • 170gm gula halus
  • 4 biji telur

Bahan-bahan  lapisan cheese


  • 250gm cream cheese
  • 60gm gula castor
  • 25 ml air
  • 1 biji telur gred A

Cara-cara


  1. Cairkan coklat dan majerin menggunakan double boil
  2. Pukul telur dan gula hingga kembang
  3. Satu kan tepung gandum dan serbuk coco, kemudian masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan gula tadi dan kacau menggunakan whisk hingga sebati.
  4. Akhir sekali masukkan coklat yang telah dicair tadi ke dalam adunan tepung, kacau sebati.
  5. Gariskan loyang dengan majerin dan kertas baking paper.
  6. Tuang separuh adunan coklat dalam loyang dan tutup dengan aluminium foil. Kukus selama 15 minit.
  7. Sementara menunggu kukusan masak sediakan cream cheese dulu, pukul cream cheese, gula hingga kembang, kemudian masukkan telur dan pkul, masukkan air.
  8. Tuang adunan cheese ke atas brownies yang dah masak tadi.
  9. Kukus selama 20 minit
  10. Akhir sekali masukkan lapisan brownies coklat diatas dan kukus 20 minit hingga masak dan tutup aluminium foil.
  11. Siap dan hidang.