Bahan-bahan :
- Lasagna segera (Direbus sekejap dengan sedikit garam, dan minyak masak)
- 1 paket daging cincang
- Sos prego
- Cendawan butang dalam tin
- 2 sudu besar sos cili
- Serbuk lada hitam
- Serbuk oregano (optional)
- Garam gula secukup rasa
- Bawang merah dan bawang putih untuk tumis
Bahan-bahan untuk sos keju :
- 3 sudu mentega/butter
- 4 sudu tepung gandum
- Keju cheddar/mozarella (1/3 buku drpd 250gram, selebihnya guna untuk tabur di atas lasagna)
- 500ml susu segar/campuran susu cair dlm tin dgn air
- Garam secukup rasa
Cara-cara :
- Tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan daging cincang dan masak sebentar sahaja, supaya daging tidak jadi terlalu berminyak.
- Masukkan sos prego dan sos cili.
- Masukkan cendawan butang, masak seketika.
- Perisakan dengan serbuk lada hitam, garam gula, dan oregano. Lepas masak, biarkan seketika hingga suam (untuk elakkan lapisan lasagna jadi terlalu lembik bila diletakkan bersama)
- Sediakan sos keju, dengan cairkan mentega dan tepung. Kemudian masukkan susu diikuti keju. Kacau, dan masukkan garam. Masak sehingga pekat.
- Dalam satu bekas, susun acuan daging yang dimasak tadi sehingga padat.
- Letakkan sos keju di atas lapisan daging, boleh tambah sedikit lada sulah kalau suka. Kemudia diikuti dengan lapisan lasagna yang telah direbus.
- Susun lagi acuan daging dan sos keju. Dari resepi ni, boleh buat 2 lapisan, dan disusun dalam bekas yang besar, cukup 8-10 org makan.
- Akhir sekali, taburkan keju di atas lapisan lasagna paling atas. Bakar sekejap dalam oven, suhu 190 dalam 15-20 minit sehingga keju cair.
- Jika tiada oven, boleh cairkan keju dgn teknik double boiler dan curah perlahan-lahan atas lasagna.
- Sedia untuk dihidangkan.